Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Wednesday, September 25, 2013

Kenali 5 Jenis Vitamin C Tambahan

Vitamin C merupakan antioksidan yang kuat yang amat bermanfaat bagi kesihatan tubuh.
Selain dari makanan, sebahagian individu mungkin perlu mendapatkan 
tambahan vitamin C untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh.

Kini di pasaran telah tersedia pelbagai jenis suplemen vitamin C. Berikut adalah 5 jenis vitamin C yang biasa dijual di farmasi atau dibekalkan oleh klinik:

1. Asid askorbik

Asid askorbik merupakan bentuk asli vitamin C dan mempunyai rasa yang tajam (kuat). Sebahagian besar suplemen vitamin C mengandungi asid askorbik.

Tapi bagi orang yang mempunyai perut sensitif mungkin perlu berhati-hati kerana asid askorbik boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.

2. Kalsium askorbat


Kalsium askorbat adalah asid askorbik yang berikatan dengan kalsium, menyediakan bentuk non-acidic
 dari vitamin C yang sesuai pada sistem pencernaan. Selain vitamin C, kalsium askorbat juga menyediakan sumber kalsium.

3. Magnesium askorbat

Magnesium askorbat adalah asid askorbik yang berikatan dengan magnesium. Zat ini juga merupakan bentuk 
non-acidic dari vitamin C yang sangat mudah diserap serta lembut di perut. Selain vitamin C, magnesium askorbat juga menyediaan sumber magnesium.

4. Ester C

Ester C adalah formulasi yang telah dipatenkan dari vitamin C dalam bentuk kalsium askorbat yang membuatnya mudah diserap dan bersifat 
non-acidic. Ester C menyediakan vitamin C  berdos tinggi dan harganya agak mahal.

5.Tablet atau Serbuk

Serbuk vitamin C akan lebih cepat diserap kerana tidak perlu dicernakan terlebih dahulu. Serbuk vitamin C tidak mengandungi agen tablet tambahan.

Sedangkan, vitamin C dalam bentuk tablet akan dilepaskan oleh tubuh secara perlahan-lahan selama 6-8 jam (sustained release). Ini lebih menguntungkan daripada perlu mengambil vitamin C dalam dos yang kecil dengan kerap.

Tips Tambahan

Jangan mengambil suplemen vitamin C dengan air paip kerana logam dalam air paip (tembaga dan besi) akan mengoksidakan C vitamin dan membuat khasiatnya berkurang.
Dianjurkan untuk minum vitamin C dengan air mineral atau jus.



Berita baik untuk semua yang sudah lama menunggu Vita C Plus Sustained Release. Ia KINI KEMBALI ke pasaran! Milikinya segera!




Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com


Kafein : Kesan Pada Penyerapan Vitamin

Kafein adalah sebahagian daripada hidangan sarapan pilihan ramai. Ramai juga yang mengambil vitamin setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa mengambil vitamin dan secawan kopi atau teh pada masa yang sama boleh mengganggu penyerapan banyak nutrien yang diperlukan oleh badan.


Kalsium

Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil (satu cawan kopi) 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun selepas beberapa jam pengambilan kafein. Satu kajian kepada wanita putus haid mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein kehilangan lebih kalsium di tulang belakang berbanding wanita yang kurang mengambil kafein.

Kafein juga menghalang jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah yang disimpan oleh tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang mengelakkan kafein atau minuman dalam jumlah yang sederhana (1 - 2 cawan sehari).

Vitamin D

Kafein menghalang reseptor vitamin D, dengan menghadkan jumlah yang akan diserap. Kerana peranan vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, ini juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko untuk osteoporosis.

Zat Besi

Kafein mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan, yang merupakan sumber penting untuk penghasilan sel darah merah. Menurut 
Nutrition Desk Reference, pengambilan kafein dan zat besi pada masa yang sama boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Mana-mana minuman yang mengandungi kafein perlu diasingkan daripada makanan yang mengandungi zat besi atau zat tambahan sekurang-kurangnya satu jam.

Vitamin B

Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu meningkatkan pembuangan air kencing. Vitamin larut air, seperti vitamin B, boleh hilang akibat kehilangan cecair dalam badan. Di samping itu, ia mengganggu metabolisma beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Namun begitu, kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap vitamin B12.

Vitamin dan Mineral lain

Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral seperti magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu vitamin A menjalankan fungsinya pada badan.

Sumber Kafein

Kopi dan teh adalah sumber kafein yang jelas . Walaupun ada penghasilan minuman nyah-kafein
(decaffeinated) juga sebenarnya mengandungi sedikit sisa kafein. Sumber-sumber lain termasuk minuman ringan, coklat, koko dan beberapa minuman tenaga. Sesetengah makanan tambahan dan ubat-ubatan, yang mempunyai kandungan ubat penahan sakit untuk sakit kepala, mengandungi kafein anhydrous, yang kering dan dalam bentuk serbuk. Makanan tambahan yang menggunakan bahan semulajadi yang dipanggil guarana, juga satu lagi bentuk kafein.

Satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan anda secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor-faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum.



Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Pengedar Shaklee Bukit Mertajam


Sumber: www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/vitamins-minerals/the-effect-of-caffeine-on-vitamin-absorption.html


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Friday, September 13, 2013

Jantung kita ok?

Kelebihan dan Kebaikan CoQ10

Ramai yang belum mengetahui keperluan CoQ10 kepada fungsi tubuh badan kita. Enzim yang boleh dihasilkan oleh badan ini sebenarnya banyak manfaatnya. Kebanyakan kajian mengenai kelebihan dan kebaikan CoQ10 telah memberi tumpuan kepada kesihatan jantung , namun terdapat kajian yang menekankan kelebihan dan kebaikan CoQ10 kepada kesihatan tubuh badan yang lain.

1. Merawat penyakit mitokondria

CoQ10 digunakan untuk merawat penyakit mitokondria. Walaupun jarang berlaku, pesakit yang tidak mampu menghasilkan cukup CoQ10 boleh mengalami penyakit mitokondria dan penyakit metabolik lain. Kandungan CoQ10 yang diperlukan perlu ditetapkan oleh doktor untuk mengelakkan masalah lebih serius seperti masalah penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati dan penyakit buah pinggang , penyakit pernafasan dan banyak lagi.

2. Menggalakkan kesihatan Jantung

Banyak bukti menunjukkan mereka yang mempunyai kegagalan jantung mengalami kekurangan CoQ10 dan kepekatan plasma CoQ10 dalam darah adalah penentu jangka hayat akibat kegagalan jantung. Pengoksidaan LDL dipercayai adalah penyebab utama serangan jantung dan strok dan ubiquinol (satu bentuk Koenzim Q10, CoQ10 ) dalam LDL manusia memberikan perlindungan terhadap proses pengoksidaan , melindungi jantung yang sihat.

3. Mencegah Migrain

Pada tahun 2002, satu kajian mendapati 61% daripada pesakit yang mengambil Koenzim Q10(CoQ10) sebagai pencegahan migrain dilaporkan kurang diserang migrain sebanyak 50% dalam tempoh tiga bulan kajian . Hanya 15mg dos sehari adalah mencukupi untuk memastikan pengurangan yang ketara dalam masalah migrain dan sakit kepala.

4. Meningkatkan Tenaga

Kajian telah menunjukkan CoQ10 banyak membantu kepada mereka yang mengalami sindrom keletihan kronik. Ini kerana keletihan yang kronik merupakan gejala kegagalan mitokondria , CoQ10 membekalkan tenaga yang diperlukan untuk mitokondria dan fungsi tubuh.

5. Merendahkan Tekanan Darah

Ujian klinikal pada tahun 2007 mendapati bahawa CoQ10 adalah sama seperti ubat-ubatan tradisional dalam merawat tekanan darah. Ia merendahkan tekanan darah tanpa kesan sampingan yang merosakkan seperti ubatan moden yang lain.

6. Mengurangkan keradangan

Kajian pertama mengenainya dilaporkan pada tahun 2004 dan disiarkan dalam majalah Lancet ,di mana satu kajian menunjukkan bahawa apabila digabungkan dengan vitamin E semulajadi , Koenzim Q10 atau CoQ10 boleh mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif - dua elemen penting dalam perkembangan dan pembangunan penyakit vaskular.

7. Memperlahankan perkembangan penyakit Parkinson

Kajian tentang keberkesanan CoQ10 bakal menjadi satu kejayaan perubatan utama pada masa akan datang , di mana kajian pada tahun 2002 ke atas pesakit Parkinson yang mengambil 1400mg CoQ10 harian mendapati CoQ10 memperlahankan perkembangan penyakit sebanyak 44 %. Fasa 3 kajian ini dibuat pada tahun 2011. Hasil dari kajian ini mungkin membantu merawat pesakit Parkinson di peringkat awal.


8. Untuk pesakit yang akan menjalani pemindahan jantung

Satu lagi kelebihan CoQ10 adalah ia boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan pesakit dalam persediaan untuk pemindahan jantung. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2004 mendapati, dengan membekalkan CoQ10 kepada pesakit pemindahan jantung, ia membawa kepada peningkatan yang ketara terhadap kefungsian, simptom dan kualiti hidup.

sumber: http://www.vitguide.com/coq10-benefits/



Tanda-tanda awal serangan jantung



















sumber : http://www.womenshealth.gov/heart-health-stroke/signs-of-a-heart-attack/

Menyedari bahaya serangan penyakit jantung, pada Jun 2013 Shaklee menawarkan produk terbaru untuk kesihatan jantung anda iaitu CoQHealth Plus. Hanya satu kapsul untuk sehari.





Dapatkan HARGA ISTIMEWA CoQHealth Plus sepanjang September ini sahaja!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee:


SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com