Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Thursday, January 30, 2014

AJHT - Untuk Kelegaan Sendi

AJHT (Advanced Joint Health Tablet)

Advanced Joint Health

AJHT memberikan manfaat kepada send-sendi sihat dalam 3 cara:

  • Menyokong keselesaan sendi. 
Mempunyai kandungan ekstrak Boswellia, yang menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

  • Bertindak sebagai kusyen
Mempunyai kandungan ekstrak Jagung, yang membantu mengekalkan tulang rawan.

Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Malah, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

  • Memelihara tisu penyambung yang sihat. 
Mempunyai kandungan Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C, yang mengandungi nutrien penting dalam kesihatan sendi.

Ia membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain, yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Advanced Joint Health


Bolehkah diambil oleh Ibu Menyusu?

Kandungan AJHT mengandungi Boswellia Serrata iaitu herba yang terkenal di India. Belum ada kajian yang khusus ia selamat untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. Namun ibu menyusu boleh cuba ambil namun balik kepada keserasian badan. Khuatir ia memberi kesan kepada bayi. Jika si ibu benar-benar memerlukan AJHT, mungkin pengambilan seminggu sekali sahaja dan tidak lebih dari itu.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.Hubungi saya untuk maklumat lanjut: 
✿ Pengedar Shaklee Penang : Muni Mahmud
✿ SMS/ Whatapps / Call : 0176156165 (for fast response)
Email : muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Tuesday, January 21, 2014

Pilihan Set Penyusuan Mengikut Keperluan

Selalunya panggilan telefon atau mesej yang saya terima dari ibu-bu yang baru bersalin atau sedang menyusukan bayi bertanyakan apakah produk-produk yang dapat membantu melancarkan proses penyusuan mereka. Adakah mereka perlu mengambil semua produk dalam Set Penyusuan? Jika hanya mencuba Set Bajet seperti ESP dan Alfalfa Complex, adakah sudah memadai? Kenapa perlu tambah produk itu, kenapa tidak perlukan produk ini?

Disini saya jelaskan secara ringkas, 4 jenis Set Penyusuan mengikut keperluan dan fungsinya. Harap dapat membantu ibu-ibu diluar sana untuk kenalpasti masalah dalam penyusuan bayi dan membuat pilihan yang tepat untuk mengatasinya.


Set B ( Vitamin Asas Penyusuan DENGAN Alfalfa)
· Mengandungi Multivitamin dengan zat besi (Vitalea), B Complex, Vitamin C, dan Alfalfa
· Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
· Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
· Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
· Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
· Bagi bayi yang mempunyai masalah ekzema, set ini dapat membantu
· Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mungkin mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.


Set Eu Four Pack ( Set Asas Penyusuan TANPA Alfafa)
· Mengandungi Multivitamin dengan zat besi (Vitalea), B Complex, Vitamin C, dan Kalsium (Ostematrix)
· Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika haid (PMS)
· Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
· Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
· Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
· Selain itu set ini membantu si ibu lebih cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.


Set E ( Set Penyusuan DENGAN Alfalfa dan Kalsium)
· Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi (Vitalea), B Complex, Vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
· Set ini memberi kesan yang juga bagus kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protein di dalamnya.



Tripple M = Make More Milk

Set Tripple M ( Set Penyusuan B lengkap dengan Kalsium dan ESP )
· Mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP (Soy Protein).
· Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
· Masalah penyusuan yang dimaksudkan dimana ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2jam dan minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Maka set ini membantu membaiki kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar si ibu berada dalam kondisi yang lebih baik.
· Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit. 
· Bagi ibu yang baru mula ingin menyimpan stok EBM ini adalah pilihan yang tepat
· Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhenti menyusu anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi pengeluaran susu, dengan tips yang akan dikongsikan nanti, insyaAllah penyusuan boleh disambung semula dengan syarat ibu mestilah rajin dan kuat berusaha.

Info vitamin:
Vitalea (dengan iron formula):
perlu untuk pembentukan darah dan ianya lengkap untuk semua jenis vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan.

B complex:
Menukarkan glukos kepada tenaga, agar si ibu lebih bertenaga, sihat dan ceria sepanjang hari.

Vitamin C:
Bagus untuk antibodi dan pembentukan kolagen. Ia membantu mengurangkan rasa stress yang dilalui oleh individu.

Alfalfa Complex:
Mengandungi protien dan zat galian dan ini membantu mempercepatkan penghasilan susuibu.


OsteMatrix:
Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu (spt dari tulang,gigi). Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Energizing Soy Protien (ESP):
Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Kombinasi supplement ini membantu badan ibu sihat bertenaga secara menyeluruh dan kesannya juga sangat baik untuk kesihatan ibu dan perkembangan anak. Peningkatan penghasilan susu ibu sangat bergantung kepada kekerapan si ibu mengosongkan payudaranya melalui penyusuan terus atau sesi perahan yang konsisten ( tidak lebih setiap 3 jam perlu pam)



  • Dapatkan ESP & Alfalfa Complex (Combo Set Penyusuan) pada harga Promosi (1-31 Januari 2014)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Sunday, January 12, 2014

Vitamin E: Pulihkan Luka, Hentikan Pendarahan


Sesiapa yang mempunyai anak lelaki atau anak kecil yang lasak, pasti akan melalui pengalaman ini. Testimonial anak saya sendiri, Adam yang terlalu gembira dengan kehadiran sepupu jadi geng bermain. Riang sangat melompat diatas katil, tiba-tiba terjatuh.Gedebuk!! Ketika itu saya didalam bilik air, Ayahnya ketuk dan katanya darah Adam banyak keluar ni. tak pasti bibirnya luka besar mana atau ada gigi yang patah. Biasalah dalam Adam dok menangis kesakitan tu, pastinya dia tak bagi Mama atau Ayah pegang tempat luka tersebut. 

Bila dah berjaya tenangkan dia,kami tilik luka dibibirnya. Memang luka pada bibir bawahnya agak besar dan gusi atasnya pong luka. Kami tuam dengan kain untuk hentikan pendarahan pada waktu tu. Dalam masa yang sama pong, bibirnya mula bengkak. Kejadian berlaku dirumah bapa saudaranya. Maka, sampai dirumah kami malamnya saya mula menyapu Vita E complex Shaklee dengan menebuk softgel dan memicit sedikit untuk sapu pada bibir dan gusi yang berdarah tu. Supaya pendarahan tidak kembali bila dia makan atau minum susu dalam botol nati.Hanya 2 kali sapuan saya buat. Alhamdullilah 2 hari selepas tu, luka sembuh dan bengkak hilang. Dan kebiasaannya Adam ni bila bibir luka, pasti akan terkena ulser. Tapi tidak kali ni, tu yang agak over posing untuk gambar "Selepas", maklum la dah tak rasa sakit. 

Dapatkan Vita-E Complex & Alfalfa Complex (Combo Set Kesuburan) 
pada harga Promosi (1-31 Januari 2014)


Untuk maklumat lebih lanjut:
✿ PM / SMS/ WhatsApp/ Call : 017-6156165 (Muni Mahmud)
✿ Email : muni.mahmud@gmail.com

Masalah Kesuburan dan Ingin Kehamilan

Pelbagai usaha samaada menggunakan perubatan moden dan kampung untuk memperolehi zuriat bahkan telah berdoa kepada Yang Maha Pemberi Rezeki, namun belum diizinkannya, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil juga akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Set Kesuburan Shaklee yang dicadangkan membantu dari segi memastikan kesihatan dan integriti sel-sel melalui pembekalan nutrien-nutrien yang penting bagi setiap sel-sel berkenaan. Sel yang sihat membentuk organ yang sihat seterusnya sistem yang sihat, ie sistem pembiakan, pernafasan, darah, jantung dan sebagainya, yang penting ke arah kesuburan dan kesihatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan.

Untuk mendapatkan kesan yang optimum, digalakkan untuk ambil suplemen asas Family Wellness Set + Vita-E Complex, Zinc Complex, Alfalfa Complex& GLA Complex.



ESP (Protein): Protein ialah makanan asas kepada sel. Protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim,antibodi and penghantar saraf. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

Vita-Lea: multivitamin lengkap untuk keperluan badan.Jika diambil setiap hari, Vita Lea boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik kerana mengandungi vitamin dan mineral perlu yang wajib bagi keperluan sel-sel badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki termasuk sel-sel yang terlibat bagi proses kesuburan.

Vitamin C: membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Ia juga berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

B-Complex: memberi tenaga, perasaan tenang dan menangani stress.B complex shaklee juga mengandungi folic asid 100% usrda yang penting untuk mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi spina bifida yang boleh berlaku diminggu pertama kehamilan.

Vitamin E & Selenium: Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc: Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zinc digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Alfalfa Complex: Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau semasa haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu dalam masalah PCOS.

GLA Complex: Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA (Gamma Linolenic Acid) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur(egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, dan terus laki ke Tiub Fallopio, yang seterusnya berenang ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi)

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk maklumat lebih lanjut:
✿ PM / SMS/ WhatsApp/ Call : 017-6156165 (Muni) 

✿ Email : muni.mahmud@gmail.com
✿ COD/Pickup: Penang

Tuesday, January 7, 2014

Apa ada pada Alfalfa Complex Shaklee?


Sempena Promosi BELI 6 PERCUMA 1 Alfalfa Complex sepanjang bulan Januari, saya ringkaskan serba sedikit apa yang anda perlu tahu dan anda akan dapat bila mengamalkan Alfalfa Complex ini dalam pengambilan supplement harian anda.  




Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee

  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang) : Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Disediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji 
  • Tabletnya boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi untuk pengambilan Ibu Menyusu ( seperti panas dan cirit-birit)
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  • Alfalfa bertindak sebagai detox darah
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrien dan bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat.

Antara Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

  • Merawat gangguan pencernaan
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  • Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  • Mengurangkan simptom menopous
  • Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  • Merawat masalah sembelit 
  • Menyahkan toksik dalam tubuh
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Membantu masalah penghadaman
  • Membantu menangangi masalah kurang susu ibu
  • Mengurangkan masalah pundi kencing
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee dan 
dapatkan harga ISTIMEWA ALFALFA COMPLEX hari ini!

SMS/ WhatsApp/ Call 017-6156165 (Muni) | muni.mahmud@gmail.com

Monday, January 6, 2014

Selamat Tahun Baru & Master Celebration 4 Jan 2014 !!

Selamat datang 2014!...berakhirlah episod 2013, dimana berlakunya pelbagai perubahan dan peningkatan rank saya didalam bisnes Shaklee. Alhamdullilah, dikurniakan rezeki yang makin hari bertambah baik dengan ahli group SM yang sentiasa bersemangat dan semakin bertambah jumlah keahliannya. Ini bermakna, makin besar tanggungjawab saya terhadap bisnes partner dalam memberi pelbagai ilmu, tips dalam bisnes Shaklee yang semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan untuk menjana pendapatan sampingan mahupong sumber kewangan untuk surirumah seperti saya. 

Ya! saya seorang ibu, yang melepaskan kerjaya saya sebagai seorang programmer demi memenuhi tanggungjawab seorang isteri dan baru bergelar ibu ketika itu untuk berhijrah ke Penang dan menetap bersama suami. Sehingga saat ini, saya masih bergelar surirumah tapi kini diceriakan lagi dengan 3 anak-anak-anak terhebat. Dan perbezaan ketara sekarang adalah, saya bukan lagi surirumah yang hanya menjalankan rutin seorang isteri dan ibu,dari pagi sehingga ke malam, tetapi kini saya mempunyai pendapatan bulanan 4 angka dan dapat membantu suami bersama mengukuhkan kewangan dan mencorakkan kehidupan keluarga kami kearah yang lebih baik. 

Saya memulakan langkah mencari ilmu bisnes dengan menghadiri training yang disediakan oleh pihak Shaklee, seperti NDT, BOM, Workshop, Health Talk session


Dan bila mengetahui Upline: Genkimomma, saya akan mengadakan seminar untuk orang-orang Utara, bertempat di BayView GeorgeTown Hotel, Penang, tanpa berfikir panjang saya menghadirinya untuk menuntut ilmu dan mengetahui rahsia-rahsia kejayaan mereka yang hebat ini sehingga berjaya bergelar Master Coordinator walaupon permulaannya beliau hanya menjalankan bisnes Shaklee ini secara sampingan, dan bagaimana beliau begitu yakin dengan pendapatan dari Shaklee (yang telah berganda-ganda berbanding gajinya ketika itu!) sehingga mengambil keputusan berhenti kerja dan memilih untuk 100% menjalankan bisnes ini dari rumah! Padahal beliau baru sahaja menamatkan pengajian Master Degree beberapa bulan sebelum itu. Beliau sangat berbangga titlenya sebagai Work At Home Moms yang saya rasa impian semua ibu (yang jika diberikan pilihan), tentunya mahu melihat perkembangan anak-anak setiap masa, mendengar perkataan pertama mereka, melihat langkah pertama mereka! 


Pembukaan 2014 untuk dunia Shaklee saya dimulakan dengan kemeriahan Master Coordinator Celebration (MasCel) Upline saya, Master Arnie! Genap setahun selepas beliau berada pada peringkat tertinggi dalam bisnes shaklee. Majlis itu 100% ditaja oleh pihak Shaklee. Sangat teruja untuk menghadirinya dan merasai sendiri suasana dan aura majlis tersebut. Sebelum ini, hanya berpeluang untuk melihat gambar-gambar MasCel master-master yang telah berjaya secara online sahaja. Tahniah Master Arnie, so proud of you! 
Apa yang dapat kita lihat hanya kejayaan beliau hari ini, tapi kita tidak tahu kepayahan dan cabarannya untuk beliau berada selesa pada tahap ini. Pada MasCel tersebut, segalanya dikongsi kepada kami, anak-anak didiknya sehingga tersentuh hati, barulah sedar bukanlah mudah untuk berjaya, hati mesti kuat! berhenti mengeluh! Jangan BERALASAN lagi. Cari jalan untuk bertindak!





Bersama Master Arnie & Presidential Master Norita


Semoga dengan permulaan yang baik tahun ini akan berterusan memberi semangat dan motivasi untuk saya melakukan peningkatan dalam bisnes ini dalam merubah masa depan saya sekeluarga dan kawan-kawan bisnes serta masyarakat sekeliling. Diri kita merupakan tanggungjawab terbesar untuk dijaga dan dididik dengan amalan pemakanan yang sihat, fikiran yang sentiasa positif, beristiqamah dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri pada Allah. Moga diperluaskan pintu rezeki dari semua arah untuk kami Group Genkimomma! Amin.

Ingin mengetahui lebih lanjut Bisnes Shaklee?

Untuk maklumat lebih lanjut:
✿ PM / SMS/ WhatsApp/ Call : 017-6156165 (Muni Mahmud)
✿ Email : muni.mahmud@gmail.com