Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Monday, April 28, 2014

Cara Pengambilan ESP yang Betul

esp shaklee



1. Apa itu ESP? 
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. ESP ni adalah serbuk soya asli dan dihasilkan daripada bahan NON-GMO (Genetically Modified Organic). ESP mampu membekalkan 22 asid amino penting yang 9 daripadanya tidak dapat dihasilkan oleh badan.

2. Kalau untuk ibu menyusu, apakah kebaikan ESP dan set minimum terbaik? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkhasiat, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam. Set minimum untuk membantu penyusuan adalah ESP dan Alfalfa. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut keserasian badan setiap individu. Jika dilihat dari perbandingan harga, Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan/pump setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah pengeluaran susu badan lebih berkesan. Pilihan SET PENYUSUAN mengikut keperluan

3. Berapa harga ESP? 
Harga ESP bagi semenanjung dan Sabah/Sarawak ialah RM162.

4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP? 
1 canister mengandungi 850g dan dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah.

5. Bagaimana cara bancuhan ESP yang betul? 
Seeloknya menggunakan shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/melarutkan bancuhan ESP dengan lebih cepat dan sekata. Jangan menggunakan dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh memusnahkan protein didalamnya. Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal. Boleh diambil 3 kali sehari (sarapan/tengahari/malam). Antara bancuhan yang boleh dicuba:
  • Air Suam
  • Fresh Milk 
  • Milo 
  • Twister Oren
  • Fresh Milk + kurma (blend) 
  • Ribena 
  • Nesvita 3 in 1 
  • Horlicks 
  • Nestle Bliss
  • Campuran buah-buahan dan blend 
  • Meashake/Performance Drink/Cinch Shake
6. Apa rasa ESP? 
ESP Shaklee berperasa Soya.
  
7. Siapa yang tidak boleh ambil ESP? 
Individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan. 

8. Apa kebaikkan lain ESP?
  • menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara 
  • memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP boleh membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat. disarankan pengambilan bersama Alfalfa Complex.
  • ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. 
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.\
  • Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit
  • Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

9. Bagaimana nak order ESP?

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.


Friday, April 25, 2014

Senggugut Ketika Haid

Penyakit senggugut (PMS) merupakan gabungan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Antara simptomnya:
  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
Rawatan yang dicadangkan:

Banyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon. Sesetengah simptom PMS mungkin dapat diringankan melalui perubahan cara hidup: 
  • Pengurangan pengambilan kafin, gula, dan garam 
  • Peningkatan pengambilan fiber
  • Rehat dan tidur yang mencukupi
  • Senaman aerobik yang ringan
  • Tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. 
  • Pengambilan vitamin E (400 IU/d) telah menunjukkan keberkesanan dalam mengatasi PMS.
  • Vitamin B6, magnesium, mangan dan tryptophan digalakkan.
Boleh cuba set untuk melegakan simptom PMS SHAKLEE 
(GLA Complex, Ostematrix-Kalsium, B Complex)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Friday, April 11, 2014

Shaklee Collagen Powder

Collagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

Fungsi utama collagen:

  • untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru
  • membantu memelihara keremajaan kulit
  • melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya 
  • efektif menghilangkan kedutan 
  • mencegah proses penuaan

Shaklee Collage Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



Collagen Powder

Cara semulajadi iaitu melalui penghasilan kolagen baru sendiri oleh sistem dalam badan:
  • Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari
  • Memakai krim perlindungan cahaya matahari dengan SPF 30 ke atas
  • Tidak merokok
  • Mengamalkan waktu tidur yang cukup 
  • Melakukan senaman pada wajah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Saturday, April 5, 2014

Makanan tinggi SERAT

Adakah anda tahu bahawa makanan berserat atau fiber membantu anda menguruskan badan?

Inilah masa yang anda perlu tahu! Kajian saintifik menunjukkan diet serat yang seimbang bukan sahaja untuk sistem pencernaan yang baik dan melancarkan pergerakan kumuh/tahi dalam usus besar manusia malah ianya juga membantu menurunkan berat badan!

Jadi pentingnya untuk anda memasukkan serat sebagai komponen diet anda sebagaimana memberikan kita rasa 'kenyang' dan paling penting, TIDAK menggemukkan.Berikut senarai sumber serat yang anda boleh cuba masukkan dalam diet harian anda.
  • Bran : Dedak gandum, dedak jagung contoh yang terbaik untk serat yang maksimum berbanding makanan lain. Ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi berbanding oat. 
  • Kacang :  Kacang rebus membekalkan kandungan serat yang agak tinggi. Secawang kacang pea sahaja membekalkan 8.8g serat.
  • Berries : Berri juga sumber terbaik membekalkan serat. Secawan berries boleh memberikan 8 ke 10 g serat untuk anda. Berries juga boleh dimakan mentah untuk kesan yang baik!
  • Cocoa : Banyak juga kajian menunjukkan coklat terutamanya dark coklat(mentah) memberikan kebaikan kepada kesihatan. Dark chocolate (coklat hitam) ini sumber iron dan potassium yang mantap selain hidangan sebanyak 100g boleh memberikan 33.2 g serat. Bagaimanapun, coklat yang bersusu yang tidak mengandungi serat yang mencukupi haruslah dielakkan
  • Bijian : Kebaikan bijian ini tidak dapat dinafikan kerana bijian/bijirin ini digunakan dalam setiap masakan dan roti untuk meningkatkan serat dalam makanan. Jadi tidak ada masalah untuk anda mendapatkan serat dalam diet anda.
  • Kekacang : Sumber kekacang seperti gajus, kacang tanah dan kacang almond merupakan sumber serat mudah yang boleh didapati di mana mana. 100g hidangan kacang almond sudah cukup membekalkan 12.2g serat. Apa tunggu lagi? 
  • Sayuran : Sayuran kaya dengan iron dan juga serat. Pastikan makanan harian anda ada sayuran untuk meningkatkan serat dalam pemakanan. Anda boleh cuba bayam atau lobak atau apa apa sahaja yang anda rasa itu sayuran tapi pastikan serat.
  • Artichoke : Artichok mengandungi serat, vitamin K dan folate. Ianya juga sumber vitamin C, magnesium, manganese dan potassium yang bagus.
  • Lentils : Kacang dalca atau dal contoh amat baik dalam memberikan sumber serat. 1 cawan lentils yang dimasak mengandungi 15.6g serat.
  • Herba : Mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, herba yang dikeringkan ini juga sumber serat. Contoh kulit kayu manis memberikan 53.1g per 100g hidangan. 
Banyak bukan? Cuba untuk masukkan ramuan herba dalam masakan anda, anda tidak perlu khuatir lagi tentang serat.

sumber: http://health.mylaunchpad.com.my

Set Asas Pengurusan Badan Shaklee (herblax/Alfalfa + Lecithin + Cinch Shake/ESP)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Friday, April 4, 2014

BAHAYA diet protein

Protein adalah salah satu menu dalam makanan seimbang selain karbohidrat, lemak, fiber dan lain-lain. Pengambilan protein dicerna sama seperti makanan lain. Penghadaman dilakukan dan protein akan dipecahkan mengikut kepada zarah yang lebih kecil yang dipanggil asid amino. 


Diet tinggi protein amat popular dikalangan individu yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia mungkin dapat membantu rasa kenyang yang lebih lama dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Walaupun begitu, ia juga terdapat kesan yang tidak elok jika mengambilnya secara berlebihan. Tubuh manusia tidak boleh menyimpan protein yang berlebihan. Hal ini mungkin boleh menyumbang kepada beberapa perkara seperti berikut:-

  • Masalah buah pinggang:
Pengambilan protein yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah terhadap buah pinggang anda. Hal ini kerana apabila protein berubah menjadi asid amino, keton dilepaskan ke dalam sistem anda. Keton diproses oleh buah pinggang. Ia akan mengakibatkan peningkatan aktiviti di buah pinggang yang sekaligus membuatkan buah pinggang anda ‘bekerja lebih’ dan boleh memberi kesan yang tidak elok kepada buah pinggang anda seperti terjadinya batu karang. 

Selain daripada itu, ia boleh mengakibatkan buah pinggang anda tidak berupaya untuk memproses asid urik dengan cepat yang akhirnya boleh mengakibatkan penyakit gout, sejenis artritis. Asid urik yang berkumpul di sendi, dengan itu menyebabkan kesakitan dan ketegangan. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi dimana pengumpulan keton dalam darah yang dikenali sebagai ketosis akan membuat buah pinggang mengusir protein berlebihan bersama-sama dengan air, dan dengan itu membuat anda berasa lemah dan letih.
  • Peningkatan kolesterol
Seperti yang kita tahu,jenis makanan protein adalah seperti daging dan telur. Kebanyakannya adalah dari sumber haiwan yang sangat tinggi lemak yang boleh membawa risiko kepada peningkatan kolesterol dan jika lebih teruk boleh mengakibatkan penaykit jantung. Selain daripada itu, sumber lemak tepu tersebut juga berisiko untuk pertambahan berat badan.
  • Osteoporosis
Pengambilan protein berlebihan juga akan mengakibat jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan meningkat. Jika tulang anda kurang mendapat kalsium, ia akan membawa kepada osteoporosis di mana tulang cenderung untuk menjadi rapuh dan memutuskan mudah. Terdapat beberapa fakta yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti terjadinya kepada wanita yang mengambil protein berlebihan akan lebih cenderung untuk mempunyai pergelangan tangan patah, berbanding dengan wanita yang kurang makan protein.

Oleh itu, anda seharusnya mengimbangkan sumber makanan yang diambil didalam kalori harian anda kerana jika mengambil salah satu sumber dengan secara berlebihan boleh membawa kesan sampingan. Kesannya mungkin tidak terjadi sekaligus, ianya mungkin mengambil masa. Jadi, pengawalan pemakanan seimbang amat penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda.

sumber: http://health.mylaunchpad.com.my

Set Asas Pengurusan Badan Shaklee (herblax/Alfalfa + Lecithin + Cinch Shake/ESP)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Thursday, April 3, 2014

Tiada HAID !

Amenorea bermaksud tidak datang haid (menstruasi). Ia juga dikenali sebagai ovari tidak mengeluarkan telur (anovulation) Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan remaja perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopos, ini adalah normal dan dipanggil Amenorea secara fisiologikal.

Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya diantara 2 hingga 6 bulan sekali dan pendarahan mungkin berpanjangan.

Amenorea primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14 tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku kepada kira-kira 3 remaja dalam per 1000.

Definasi amenorea sekunder adalah haid yang tidak datang berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya biasanya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder mungkin disebabkan masalah ginekologi atau pertukaran fisiologi seperti jika mengandung atau mencapai menopos.

Amenorea sekunder
berlaku kepada 3% remaja perempuan. Lebih 50% wanita pelari jarak jauh dan lebih dari 44% kalangan penari balet mungkin mengalami amenorea sekunder disebabkan aktiviti fizikal yang keterlaluan dan terlalu kurus.

TANDA DAN GEJALA

Banyak penyebab kemungkinan berlaku. Termasuklah:

  • Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan - atlet.
  • Kurang berat badan yang teruk - hasil pemakanan yang tidak sempurna (berat dalam KG dibahagi dengan ketinggian dalam M²) kurang daripada 19 (kadar normal adalah 20 hingga 25 kg/m².
  • Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi
  • Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur
  • Pengambilan pelbagai jenis ubatan
  • Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga
  • Sindrom Polisistik ovari iaitu keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan gangguan hormon.
  • Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih
  • Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).

Sebab lain amenorea termasuk:

  • Tiada vagina atau rahim atau keduanya semasa lahir
  • selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya

Terdapat kes yang jarang berlaku di mana jantina sebenar kanak-kanak masih tidak dapat ditentukan kerana organ genitalnya tidak terbentuk dengan baik semasa lahir.


sumber: http://www.myhealth.gov.my

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.

Wednesday, April 2, 2014

Karotenoid Terbaik : Carotomax

Carotomax


CAROTOMAX membekalkan lebih 13mg (21500 IU) karotenoid yang terdiri daripada campuran unik alpha-carotene, beta-carotene, lutein, lycopene, astaxanthin,  and zeaxanthin yang menghasilkan karotenoid yang lengkap.Karotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran/buah-buahan. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Apakah fungsi dan kebaikan 
karotenoid?
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi 
karotenoid adalah brokoli, biji anggur, epal, lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah dan seterusnya memelihara kesihatan mata, kulit dan mencegah serangan kanser.

MANFAAT KAROTENOID

  • Lebih selamat daripada Vitamin A : Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksiditi. Namun saintis telah menemui beta-karotena pada tahun 1932, iaitu satu prekursor vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.
  • Mempertingkatkan penglihatan : ia menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkat masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floasters, eye bags dan gegelung hitam di mata.
  • Meredakan penyakit kulit : pengambilan yang mencukupi dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat postule, scabies, akne, ulser kulit.
  • Melindungi Epithelial : ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.
  • Melawan Kanser dan Oksidasi : Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang infleksi : merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat : merangsang perkembangan kanak-kanak / remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga menghasilkan sperma yang sihat.
KELEBIHAN CAROTOMAX

Menawarkan karotenoid semulajadi yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan membran mukosa.

  • Alpha Carotena : Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.
  • Beta Carotena : Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.
  • Lycopena : Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.
  • Astaxanthin : Pigmen di dalam alga & fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walau bagaimanapun, Shaklee menuai karetenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL.
  • Zeaxanthin : Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Muni Mahmud
Pengedar Shaklee Penang
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya.
Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos.