Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Monday, October 5, 2015

Percuma Vitalea: Bulan Terakhir

Bermula dari bulan Mei 2015 lagi, shaklee memberikan Vitalea Shaklee secara percuma  untuk setiap ahli baru dengan pembelian minimum. Dan promosi ini akan berakhir tak lama saja lagi pada 31 Oktober nanti


Sebotol Vitalea yang mengandungi 120 tablets bernilai RM88.75






SMS/ Whatapps: 0176156165 Muni
Email: muni.mahmud@gmail.com
http://vitamoon.blogspot.my

🚗  COD (Cash On Delivery) :#bukitmertajam #bandarperda #seberangjaya #Uitmpp
#psp

Kami ialah Pengedar #shakleepenang #shakleebukitmertajam #shakleeperda #shakleejuru terbaik! Penghantaran ke seluruh Malaysia! ✈️✈️✈️
.
🎁 Setiap pembelian #VitaminShaklee daripada saya mendapat jadual makan eksklusif & konsultasi berterusan.
🎁 BONUS: Beli #produkShaklee + #DaftarAhliShaklee (RM80) = dapat Vita-Lea Percuma (worth RM88.75). Hingga 31 Oktober 2015 sahaja! 😊😊😊

Tuesday, June 2, 2015

Manfaat Antioksidan Untuk Kesihatan Tubuh




Sekarang kita memerlukan lebih perlindungan antioksidan. Akibat faktor pencemaran, pendedahan kepada uv, stress dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel normal, protein, lemak dan DNA dalam badan.

Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan dan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghalang terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatifAntioksidan dapat membantu melindungi sel akibat serangan radikal bebas ini.
  • Carotomax (vitamin A)
  • Sustained release Vita-C
  • Vita-E Complex


(ACE set) 3 produk ini merupakan supplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dengan meningkatkan sistem imun badan juga dalam masa yang sama bertindak sebagai anti-penuaan.



PROMOSI 1-30 JUN 2015

BELI 6 PERCUMA 1 @
BELI 2 DENGAN DISKAUN 5% UNTUK :
  • Sustained release Vita-C
  • Vita-E Complex






Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Thursday, May 21, 2015

Bahaya Diet Yang Salah

Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh orang yang sedang menurunkan berat badan bila mengamalkan diet yang salah.

 Tidak makan langsung/menahan lapar.
Kesan buruk: Menimbulkan masalah gastrik, pedih ulu hati & luka pada usus.
 Mengamalkan makanan yang tinggi protein dan mengabaikan pengambilan karbohidrat.
Kesan buruk: Bila hanya makan lauk (ayam/Ikan/daging) boleh menimbulkan masalah kolestrol tinggi dan lemak. Serta membebankan buah pinggang untuk memproses dan membuang protein dan urea.
 Makan hanya makanan kegemaran dalam jumlah yang sangat banyak dan memuntahkan semuanya keluar. (Bulimia nervosa)
Kesan buruk: Mendatangkan masalah psikologi. Boleh menyebabkan luka pada esofagus kerana asid keluar melalui mulut dan boleh menghakis jari kerana pelakuan menjolok tekak untuk mengeluarkan makanan.
 Langsung tidak makan dan mengalihkan rasa lapar pada aktiviti lain. (Anorexia nervosa)
Kesan buruk: Mempunyai kadar kenyang yang rendah. Hanya 2-3 sudu sudah mengenyangkan.

Lain-lain kesan fizikal adalah individu yang salah mengamalkan diet yang tak sihat ini mudah letih, tidak bertenaga, kurang memberikan tumpuan, mudah marah dan boleh juga mengakibatkan sakit pada organ perut dan menghadapi masalah hormon yang menyebabkan ketidakstabilan putaran Haid untuk wanita

Diet yang sihat adalah
  1. Pengambilan makanan yang terdiri daripada semua kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein, lemak yang baik, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  2. Pengambilan serat yang tinggi. contohnya karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti gandum penuh, oat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Minum air kosong yang banyak
  4. Mengamalkan aktiviti bersenam secara rutin.

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Wednesday, May 20, 2015

Pencuci Serba Guna Shaklee

Sejarah Basic H2 - pencuci pekat pelbagai guna

✔Basic H yang pertama dihasilkan pada 1960
✔Basic H2 ini adalah 2 kali ganda kepekatannya berbanding rumusan asal Basic H.
✔Basic H2 ini diformulasikan semula menggunakan ramuan semula jadi dari ekstrak jagung & kelapa sebagai menepati keselamatan yang dijanjikan ( tanpa toksin, tanpa bahan kimia, tanpa pewangi, tanpa gas beracun, tanpa klorin ) 
**dah kata pong shaklee ni mesra alam kan?

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Saturday, May 2, 2015

Promosi Shaklee May 2015

Promosi Shaklee pada bulan ini lebih tertumpu kepada penjagaan kesihatan jantung dan bagaimana untuk mengawal dan menurunkan kolestrol dalam badan. Tapi sebenarnya dua produk ini, dapat memberi kebaikan lebih dari itu. Set Penjagaan Jantung Sihat

shaklee penang


PROMOSI Beli 7 dengan harga 6
1. Omega Guard
 
Harga Pasaran 1 botol bernilai RM136

2. Phytocol-ST
 
Harga Pasaran botol bernilai RM197

PROMOSI Beli 2 (Pek Berkembar) dengan diskaun 5%
1. Omega Guard
Beli 2 botol Omega Guard dengan potongan harga 5% pada harga RM258.40

2. Phytocol-ST 
Beli 2 botol Phytocol-ST dengan potongan harga 5% pada harga RM374.30

Tidak lupa, promosi untuk kanak-kanak iaitu Vitalea For Children masih diteruskan. 

PROMOSI Beli 4 dengan harga 3 
1. Vitalea for Children
 Harga Pasaran 
1 botol bernilai RM111


Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Friday, April 17, 2015

Set Penyusuan Shaklee - Lancarkan Penyusuan, Melangsingkan Badan dan Cantikkan Kulit

Kelebihan kepada ibu yang memberi penyusuan susu badan kepada bayi adalah mereka mampu untuk kekal langsing melalui proses penyusuan itu sendiri kerana ia membantu membakar kalori ibu.

Pengambilan set supplement ini membantu memberikan tenaga dan kesihatan yang optimum kepada ibu yang menyusu. Kebaikan set penyusuan ini bukan hanya membantu melancarkan penyusuan lengkap 2 tahun susu ibu malah boleh memiliki badan yang langsing seperti sebelum hamil dulu dengan berat badan yang ideal serta menjadikan kulit lebih cantik.


shaklee penang


 Vitalea : Multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Membantu ibu lebih sihat dan mengatasi masalah HB rendah. 

B Complex : selain menstabilkan emosi ibu, ia memberikan kesihatan yang optimum, mencantikkan kulit dan penting dalam pembinaan sel darah merah

Vitamin C : sangat berkesan untuk meningkatkan sistem imun ibu dan bayi selain  terlibat dalam penghasilan kolagen untuk mencantikkan dan mencerahkan tona kulit. 

Alfalfa : bertindak dalam stimulasi susu ibu yang akan mempercepatkan pengeluaran susu ibu dengan konsep "Demand & Supply". Dan memberi kebaikan untuk penjagaan dalaman wanita. 

ESP : membantu penghasilan sel baru yang sihat dan memperbaiki kerosakan pada sel. Ia mengandungi protein dan kalsium yang menjadi komposisi utama kandungan susu ibu.

Ostematrix : membantu mengurangkan risiko osteoporosis dikalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi. Penting untuk pertumbuhan tulang dan sistem saraf bayi. 

Omegaguard / Lecithin : bagus untuk perkembangan otak bayi dan yang disukai oleh ibu adalah fungsinya dalam memecahkan lemak dan menurunkan tahap kolestrol dalam badan untuk kekal langsing dan mempunyai berat badan yang ideal.


shaklee bukit mertajam

shaklee penang

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Tuesday, April 14, 2015

Program Pengurusan Berat Badan

Kitaran diet yang amat ditakuti
Bagi kebanyakan diet, anda akan kehilangan lemak dan juga otot. Apabila anda kehilangan otot, anda akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan metabolisma anda akan menurun. 

Otot = Metabolisma
Apabila anda tidak mengikuti diet anda lagi, tubuh anda tidak berupaya untuk membakar kalori seperti sebelumnya. Maka, berat badan anda akan bertambah dan terpaksa memulakan diet yang seterusnya dan kesan diet yang tidak seimbang atau digelar yo-yo.

Formula LEUSIN yang sangat terbukti secara klinikal
Leusin adalah sejenis asid amino yang membina otot yang terdapat dalam protein tertentu. Program nutrisi yang ditambah leusin ini telah menunjukkan bahawa ianya dapat membantu mengekalkan 100% jisim otot pejal. Individu yang mengambil program pengurusan kehilangan inci (Inch Loss Plan) ini kehilangan lemak, berat badan dan ini tetapi pada masa yang sama masih mampu mengekalkan otot pejal mereka. 

Diperkaya dengan LEUSIN
Dirumuskan khas bagi membantu:
  • Menyimpan otot yang sedia ada
  • Membakar lemak yang tidak diperlukan
  • Mengurangkan inci yang tidak diingini
Dengan Cinch Shake Mix ini, anda tidak akan kehilangan apa-apa kecuali inci dan mendapat segala yang diimpikan untuk susuk tubuh yang ideal.


shaklee bukit mertajam


Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh sedap dan berzat untuk membantu anda memelihara semua otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan membantu menghilangkan berat badan. Ia diperkaya dengan leusin iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Leusin akan membantu anda menghilangkan berat badan tetapi tetap memelihara otot badan anda. 

Setiap hidangan Cinch Shake mengandungi 24 gram protein yang akan digunakan untuk meningkatkan metabolisma badan dan membakar kalori. Mengambil makanan yang kaya dengan protein dapat menahan lapar dan mengurangkan pengambilan makanan ringan diantara waktu makan. Dengan nilai indeks glisemik yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama. 

shaklee bm



Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos


Wednesday, April 8, 2015

Penyakit Vena Kronik

Apa itu Penyakit Vena Kronik?

Vena pengembalikan darah ke jantung selepas beredar melalui tubuh. Vena Cenderung melebar akibat tekanan dari berat darah jika kita berdiri atau duduk terlalu lama. Dinding vena yang sihat berupaya menahan tekanan tersebut, tetapi vena yang lemah dan rapuh cenderung melebar, dan akibatnya darah sukar mengalir ke arah jantung. Keadaan ini dikenali sebagai peredaran darah yang lemah. apabila keadaan ini menjadi kronik dan diikuti pula dengan risiko komplikasi yang serius, ianya dikenali sebagai Penyakit Vena Kronik. Keradangan yang berterusan dan komplikasi yang serius seperti ulser vena boleh berlaku. Risiko akan meningkat jika rawatan tidak dimulakan. 


shaklee bukit mertajam
 masalah urat kaki timbul



Anda harus berjumpa doktor sebaik sahaja simptom berikut muncul:
  • Kesakitan pada kaki
  • Rasa berat pada kaki
  • Pembengkakan pada kaki atau pergelangan kaki
  • Urat yang kelihatan/nyata atau kesan lebam yang timbul secara spontan
  • Kesemutan
  • Kaki resah
  • Kekejangan kaki


Faktor Risiko Penyakit Vena Kronik
  • Obesiti
  • Umur
  • Merokok
  • Kurang bersenam
  • Penyakit yang diwarisi
  • Duduk/berdiri terlalu lama
  • Kehamilan/Ubat pencegah hamil
  • Kepanasan/diet kurang sihat
5 Cara Perlindungan Untuk Kaki Anda

  1. Atasi masalah sembelit
  2. Kurangkan berat badan yang berlebihan
  3. Jumpa doktor secara rutin
  4. Elakkan memakai pakaian yang ketat 
  5. Pakai kasut yang selesa
  6. Mengamalkan senanam untuk membantu pengaliran darah yang lebih baik

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Thursday, April 2, 2015

Promosi Shaklee April 2015

Promosi dari Shaklee sepanjang bulan ini berakhir pada 30 April 2015. 
Banyak sangat produk yang boleh dibeli dengan harga promosi.
Untuk mereka yang mencari produk yang sesuai untuk menguruskan berat badan atau pong bagi lelaki yang ingin mendapatkan lengan, perut berotot macam 'abg sado' tu, boleh la mencuba set pengurusan berat badan dari Shaklee.


PROMOSI Beli 7 dengan harga 6
1. GLA Complex
 
Harga Pasaran 1 botol bernilai RM91.25

2. Lecithin
 
Harga Pasaran 1 botol bernilai RM52.50

PROMOSI Beli 2 (Pek Berkembar) dengan diskaun 5%
1. GLA Complex  
Beli 2 botol GLA Complex dengan potongan harga 5% pada harga RM173.40

2. Lecithin  
Beli 2 botol Lecithin dengan potongan harga 5% pada harga RM99.75

PROMOSI Beli 4 dengan harga 3
1. Vitalea for Children
 Harga Pasaran
1 botol bernilai RM111

2. DTX Complex
 
Harga Pasaran 1 botol bernilai RM155

3. Chocolate - Cinch Shake Mix Canister
 
Harga Pasaran 1 canister bernilai RM173


4. Cafe Latte - Cinch Shake Mix Canister
 
Harga Pasaran 1 canister bernilai RM173


Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Tuesday, March 31, 2015

Kesan Dan Bahaya Kalau Kurang Tidur

Masalah sukar mendapatkan waktu tidur yang berkualiti boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan sistem imun badan melawan penyakit.

Untuk individu yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik. Mereka lambat memberi tindak-balas semasa menyelesaikan masalah. Emosi mereka juga tidak menentu dan mudah meradang.

Sepatutnya setiap orang perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing
Bagi kebanyakan dewasa, tempoh tidur malam selama 6 ke 8 jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel-sel badan yang rosak.

Dalam bengkel nutrisi shaklee yang saya hadiri minggu lepas, pakar nutrisi sangat menyarankan waktu tidur yang berkualiti untuk sistem biologi badan iaitu antara pukul 11 malam ke 3 pagi. 


JADUAL DETOX SEMULAJADI TUBUH

9 malam -11 malam : Detox di bahagian antibodi badan berlaku. Sebaiknya, kita dalam keadaan rehat, tenang dan tidak melakukan kerja kerja berat. 
11 malam – 1 pagi : Detox di bahagian hati berlaku. Sebaiknya jangan tidur lewat dan jauhi minuman manis dan berkafein.
1 pagi –  3 pagi : Detox di bahagian hempedu. Detox di hempedu juga berlaku dalam keadaan kita tidur.
3 pagi – 5 pagi : Detox di bahagian paru-paru. Sering kali kita akan batuk-batuk ketika ini. Ini kerana, detox telah mencapai ke saluran pernafasan. Tak perlu makan ubat batuk kerana proses detox semulajadi sedang berlaku dan khuatir akan bertentangan dengan proses detox pembuangan kotoran ini 
5 pagi – 7 pagi : Detox di bahagian usus besar. Jika terasa hendak membuang, jangan di tahan-tahan. Terus saja ke tandas.
7 pagi – 9 pagi : Selepas proses detox semulajadi berjalan dengan sempurna, waktu inilah proses penyerapan zat makanan di usus kecil. Jadi, amalkan sarapan pagi yang sempurna untuk kecergasan sepanjang hari.


Detoks pada organ hati
DTX complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Bertindak sebagai penapis toksin dalam badan serta menyingkirkan racun serta toksin yang terkumpul di dalam hati dangan menggalakkan fungsi hati yang sihat.

Detoks pada bahagian Usus
Herblax sangat efektif dalam membantu pembersihan najis yang tersekat serta membantu mengatasi masalah sembelit. Selain Herblax, jika anda mengalami masalah kembung perut, angin dalam badan dan kesukaran dalam penghadaman selepas makan, boleh mengamalkan Peppermint Ginger Plus untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut, membuang angin, membantu pencernaan dan ia turut membantu mencuci usus.

Detoks aliran darah
Alfalfa Complex sumber makanan yang sangat beralkali dan bertindak meneutralkan darah yang berasid.
Tabletnya boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Proses detox adalah proses semulajadi badan. Ia membantu tubuh untuk membuang badan beracun dan tidak berguna dari badan. Ia bagi membantu kita lebih sihat dan cergas. Proses detox yang sempurna membantu tubuh menyerap nutrien dan zat baru dengan lebih baik. Untuk mengoptimumkan proses detox badan, jom kita ketahui waktu-waktu detox ini berlaku secara semulajadi. Jadual detox semulajadi tubuh 9 malam -11 malam : Detox di bahagian antibodi badan berlaku. Sebaiknya, kita dalam keadaan rehat, tenang dan tidak melakukan kerja kerja berat. 11 malam - 1 pagi : Detox di bahagian hati berlaku. Sebaiknya jangan tidur lewat. 1 pagi - 3 pagi : Detox di bahagian hempedu. Detox di hempedu juga berlaku dalam keadaan kita tidur. 3 pagi - 5 pagi : Detox di bahagian paru-paru. Sering kali kita akan batuk-batuk ketika ini. Ini kerana, detox telah mencapai ke saluran pernafasan. Tak perlu makan ubat batuk kerana proses detox semulajadi sedang berlaku dan khuatir akan bertentangan dengan proses detox pembuangan kotoran ini 5 pagi - 7 pagi : Detox di bahagian usus besar. Jika terasa hendak membuang, jangan di tahan-tahan. 7 pagi - 9 pagi: Selepas proses detox semulajadi berjalan dengan sempurna, waktu inilah proses penyerapan zat makanan di usus kecil. Jadi, amalkan sarapan pagi yang sempurna untuk kecergasan sepanjang hari. Jika anda memerlukan supplemen untuk membantu melancarkan proses detox badan, produk Shaklee yang terbukti berkesan adalah -Herb Lax : bertindak sebagai julap lembut -Fiber : dalam bentuk minuman jadi lebih mudah diserap tubuh untuk proses detox yang sempurna dan memberi rasa kenyang bagi yang ingin menguruskan badan. -DTX Complex : detox hati -Alfalfa : membantu pelawasan supaya proses pembuangan lebih mudah dan lancar. Alhamdulillah, ramai yang sudah mencuba dan merasa perubahan yakni badan rasa lebih lawas dan lebih ringan. Proses detox yang sempurna sangat

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2011/12/waktu-badan-melakukan-detox.html

Antara kesan lain menurut laporan pakar kesihatan antarabangsa adalah seperti berikut

"Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, anda akan lebih cepat kelihatan tua.
Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal"

Sumber infoharian.com: KESAN DAN BAHAYA KALAU KURANG TIDUR


Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

Email: muni.mahmud@gmail.com


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos 

Wednesday, March 25, 2015

Kita Kehilangan Kalsium Setiap Hari

"Namun, ramai antara kita yang mengabaikan penjagaan kesihatan tulang. Ini kerana masyarakat kita bertanggapan bahawa kesihatan tulang hanya perlu dijaga apabila berada pada peringkat usia tertentu saja. Apabila menyentuh soal kesihatan tubuh, faktor utama yang membuatkan seseorang ingin melakukan perubahan gaya hidup adalah bertujuan mengelak masalah kanser atau penyakit jantung.
Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang yang baik untuk mengelakkan masalah kerapuhan tulang tidak begitu mendapat perhatian.
Kesedaran mengenai pentingnya kesihatan tulang perlu dipupuk kerana tulang adalah daya sokongan utama tubuh kita yang membolehkan kita melakukan aktiviti harian. Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkat­kan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah.
Sekiranya seseorang individu mengalami masalah ini, dia mungkin akan kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan mudah dan melakukan aktiviti yang digemari.
Ini boleh mengakibatkan diri terasing dan juga kemurungan kerana kurang berinteraksi dengan masyarakat. Tetapi bagaimana untuk menjaga kesihatan tulang?
Kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an dan jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan.
Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang sejak awal lagi adalah penting, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Rawatan tulang yang retak mampu menelan belanja yang cukup tinggi.
Tulang adalah tisu hidup terdiri daripada sel hidup dan mineral seperti kalsium, berserta saluran darah dan saraf. Tulang akan terurai dan membentuk semula melalui proses semula jadi yang dikenali sebagai “pembinaan semula tulang” yang berlaku sepanjang hayat.

Oleh itu, tulang memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi dari lingkungan usia kanak-kanak sehingga usia yang lanjut untuk mengekalkan kekuatan tulang bagi menampung kepelbagaian aktiviti harian.
Tambahan pula, kita me­ngalami kehilangan kalsium setiap hari melalui proses perpeluhan, rambut, perkumuhan, kulit dan kuku.
Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian.
Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang.
Dengan memastikan pe­ngambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.
Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu.
Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi.
Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
Bagaimanapun, diet harian yang biasa saja mungkin tidak mencukupi. Cara yang paling mudah dan cepat untuk memastikan keperluan kalsium dipenuhi setiap hari adalah dengan meminum dua gelas susu berkalsium tinggi setiap hari.


Petikan daripada : Harian Metro


Wednesday, March 18, 2015

Shaklee Sasar perolehan meningkat 50%

Petikan dari Harian Metro 

Oleh Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my 

Kuala Lumpur 

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd (Shaklee) optimis mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 50 peratus tahun ini berbanding RM400 juta yang dicatatkan pada tahun lalu bersandarkan pelaksanaan kempen kesedaran produk kepada penggguna dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai. 

Shaklee adalah produk makanan tambahan serta barangan keperluan pengguna yang mengguna pakai platform pamasaran secara langsung dan ketika ini terdapat antara satu hingga 1.5 peratus penduduk Malaysia menjadi pengedar produk berkenaan. 

shaklee penang

Presidennya, Victor Lim berkata, Shaklee adalah produk berasal dari Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di seluruh dunia dan Malaysia menjadi penyumbang keempat terbesar ke atas perolehan keseluruhan globalnya. 

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 50 produk Shaklee berada di Malaysia terdiri daripada pelbagai segmen kegunaan antaranya bagi meningkatkan tenaga ketika bersukan, kecantikan tubuh badan dan nutrisi kesihatan. 

“Tahun ini, kami tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang produk baru tetapi lebih kepada kempen iaitu Kesan Shaklee Kepada Kehidupan bagi membolehkan orang ramai mengetahui keberkesanan penggunaan produk kami serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan baru dalam perniagaan jualan langsung. 

“Walaupun terdapat pelbagai spekulasi dalam penurunan jualan produk berikutan pelaksanaan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST), kami tidak merasakan ia akan berlaku dalam segmen kesihatan atau makanan tambahan kerana ia satu keperluan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada Bisnes Metro semalam. 

Menerusi pengenalan kempen itu, Shaklee optimis mampu mencatatkan 50 peratus peningkatan pengedarnya tahun ini terutama di kalangan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.
Sumber: Harian Metro Online

Monday, March 16, 2015

Panduan Kurangkan Alahan Kehamilan

Kebiasaannya, wanita yang mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Punca sebenar alahan masih kurang jelas sehingga kini. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan aras hormon kehamilan yang dikenali sebagai - human chorionic gonadotrophin' (- hcG) yang meningkat. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang kerana aras hormon tersebut akan berkurangan selepas trimester pertama. 

Sekiranya mengalami alahan berterusan selepas trimester pertama, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk mencari punca lain yang menyebabkan alahan tersebut. Ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehinggalah bersalin walaupun tiada penyebab yang diketahui. Tahap alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik tidak pernah mengalami alahan langsung setiap kali hamil. 

Tiada ubat spesifik yang perlu diambil bagi mengatasi masalah alahan ini. Secara amnya doktor akan memberikan tip-tip atau nasihat bagi mengurangkan simptom alahan
  • mengamalkan pemakanan yang kerap atau mengambil hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap dua jam) walaupun anda tidak lapar
  • makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng. 
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas dan elakkan daripada mengambil kafein. 
  • Semasa peringkat ini juga seseorang wanita perlu minum air dengan kerap dan banyak sehingga 10 hingga 12 cawan sehari.
Bagi rutin harian pula, anda hendaklah berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila anda kepenatan atau mengalami stress. Pada kebiasaannya, pengambilan vitamin mengandung tidak diberikan secara rutin pada peringkat ini kerana mungkin menyebabkan simptom alahan bertambah teruk.Selain itu, doktor juga memberikan ubat tahan muntah (anti-emetik) jika perlu. Anda perlu dimasukkan ke wad jika alahan tersebut teruk dan mengalami simptom dehidrasi (kekurangan air dalam badan). 

Simptom ini biasanya dimanifestasi melalui pening-pening, dahaga dan pengeluaran air kencing yang sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip iaitu secara intravena. Ubat yang diberikan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Artikel Penuh: Utusan Malaysia


shaklee bukit mertajam
 
 
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos
 

Tuesday, March 10, 2015

Khasiat Zink

Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex

Bila bercakap tentang
Zinc, ramai yang tak tahu bahawa Zinc sangat penting untuk kesihatan badan. Selain dari vitamin-vitamin, mineral seperti zinc, boron, magnesium, kalsium, zat besi dan lain2 mineral juga memainkan peranan penting dalam kesihatan badan.

Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Zinc merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetobalismekan karbohidrat, lemak dan protein.

Antara Fungsi Zinc ialah:

 
1. PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

2. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc. Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

3. KESIHATAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

4. BOTAK
Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan. Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

5. PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

6. EKZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
Zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

7. JERAWAT
Zinc adalah penting dalam menghapuskan jerawat pada kulit.
Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalammenormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

8. FUNGSI BIOLOGI
Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

9. JANGKITAN
Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

10. ANTIOKSIDAN
Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yangtegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

11. ATURAN ENZIM
Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

12. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. Tetapi dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

13. KERAPUHAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dan keras.

14. BUTA MALAM
Pengambilan Zinc akan memperbaiki penglihatan. Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.

15. MENGANDUNG
Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Sumber Zinc boleh diperolehi daripada:

 
1. Daging
3oz daging menyediakan sekitar 40% atau lebih zinc dari dos harian yang dicadangkan. Daging yang dimaksudkan termasuk diantaranya adalah daging panggang, dan daging rebus.

2. Makanan Laut

Tiram merupakan sumber makanan yang mengandung zinc paling tinggi. Seafood lain menyediakan sekurang-kurangnya 10% dari jumlah yang disarankan termasuk kerang, lobster, ikan, dan daging kepiting.Zinc sering hilang selama proses memasak. Untuk mempertahankan kandungan zinc, masak makanan dengan air sedikit dan dalam waktu paling singkat.

3. Produk Susu
Beberapa makanan dari produk susu merupakan sumber zinc yang baik.Delapan ons yogurt dan 1/2 cangkir keju ricotta mengandung setidaknya 10% dari jumlah harian yang disarankan.Keju Swiss, keju Gouda, dan susu juga mengandung zinc.

4. Biji-bijian dan Kekacang

Tepung gandum merupakan sumber zinc yang baik. Cereal kering yang telah difortifikasi biasanya berisi setidaknya 10% zinc dari jumlah yang disarankan. Biji Labu, kacang almond, kacang mete, dan biji bunga matahari merupakan sumber zinc yang juga baik.
Meskipun zinc yang ditemui dalam kekacang tidak seperti dalam daging, kekacang masih menyediakan jumlah yang cukup dan merupakan sumber zinc yang penting terutama untuk vegetarian.

Pilihan sumber zinc yang baik dari kekacang adalah black eyed peas, kacang lima, kacang pinto, kacang kedelai, tempe, dan tauhu.



Zinc Complex Shaklee


promosi shaklee
 
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang.Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Fakta Nutrisi:
Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


PROMOSI Sehingga 28 Mac 2015 untuk Zinc Complex
  • Beli 3 botol PERCUMA 1 botol bernilai RM33.75
 

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos