Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Tuesday, January 27, 2015

Khasiat Ulam Raja

Suka makan ulam tak? Saya memang suka makan ulam! Saya mula makan ulam masa zaman sekolah lagi. Ulam kegemaran saya masa tu ulam raja. Memang banyak mak tanam kat belakang rumah dan pokoknya sangat mudah biak. Tapi saya tak makan ulam-ulam ni dengan budu atau sambal belacan, saya makan fresh gitu ja dari ladang, best habaq hang! Lepas kahwin ni lah saya baru belajar buat sambal belacan, tu pong sebab suami suka makan. Tapi suami pulak tak suka ulam-ulam ni, dia boleh makan sambal belacan dengan nasi macam tu ja. 

Masa form 4 kelas kami buat projek sains kena buat taman herba, owh! macam-macam pokok herba yang kami taman dan kami sendiri yang kena jaga dan trim lanskap tu biar sentiasa kemas tersusun. Haa jumpa pong gambar kenangan dengan geng BFF kat Taman Genesis sekolah kami. Saya yang mana? Saya yang paling tinggi, paling kiri tu. Tulus, mulus terpancor muka student! haha. Sekarang semua dah jadi mak orang dah.


pengedar shaklee bukit mertajam

Eh eh jauh dah pusing cerita ni, jom patah balik kat cerita Ulam Raja. Bila dapat task blogging dari group, saya pong terlintas nak cari apa istimewa Ulam Raja yang saya suka sangat makan dari dulu ni. 




Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna ungu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna ungu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas. 

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mengeluarkan toksik dalam darah dan juga menguatkan tulang. Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli. 
Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi. 

sumber: wikipedia.org - Pokok_Ulam_Raja
"Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma , SihatCantikMulus, EmakSkema dan Myinfovitamin"

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Monday, January 26, 2015

Khasiat Dan Waktu Terbaik Minum Coklat Panas

Teringat pada kehamilan-kehamilan yang lepas, saya sangat suka minum coklat panas. Kalau dalam seminggu tak dapat minum sekali-dua boleh meroyan gitu. Hehe. Tabiat ini menjadi-jadi sejak hamil anak sulung lagi. Tapi ketika tu ia lebih kepada mengidam, bayi dalam perut yang suruh saya minum hot chocolate tu..hehe. First baby la katakan, so kita layan. Kalau sebelum ni minuman favourite saya adalah Nescafe. Even milo pong saya jarang sangat minum. Memandangkan kafein tidak elok untuk diambil oleh ibu hamil, jadi saya tinggalkan Nescafe kegemaran saya sepanjang kehamilan dan bila dapat cabaran untuk buat entry pasal coklat ni, saya teringat la pada tabiat masa hamil saya yang diluar kegemaran biasa saya ni. 


pengedar shaklee bukit mertajam

Bila Masa Paling Terbaik Untuk Minum Coklat Panas ?
Ternyata di sebalik kelazatan secawan coklat panas boleh memberikan banyak manfaat dan khasiat . Pilih waktu yang tepat untuk minum coklat akan mendapat manfaat dan khasiat yang maksimum . Jadi, bilakah waktu yang terbaik itu?

Pada Waktu Pagi  
Kita memerlukan semangat dan perasaan tenang untuk memulakan aktiviti harian . Kandungan teobromina pada coklat akan menghasilkan hormon serotonin mempengaruhi modulasi pola bangun/tidur dan mencetus perasaan relaks dan tenang sehingga kita boleh lebih bersemangat memulakan aktiviti di pagi hari.
Note: Teobromina juga bersifat diuretic yang memudahkan membuang air kecil dan kajian ada juga mengatakan teobromina membantu melegakan batuk. Teobromina juga boleh merangsang degupan jantung dan mengembangkan saluran darah yang akan membantu pengaliran darah dalam uri (placenta) dan bertindak sebagai anti-oksida.Ibu hamil yang mengamalkan coklat dapat menghalang pre-eclampsia (penyakit tekanan darah yang tinggi ketika hamil dan terdapat banyak kandungan protein dalam air kencing)

Saat Kehilangan Idea 
Situasi di saat tidak ada idea kreatif yang muncul kadang membuat perasaan menjadi tertekan . Untuk merangsang timbulnya idea baru yang kreatif , secawan coklat panas akan sangat membantu . Kandungan antioksidan polifenol yang ada pada coklat akan membantu meningkatkan fungsi kognitif sehingga dapat membantu merangsang otak untuk menghasilkan idea-idea baru yang kreatif .

Waktu Bersedih 
Kandungan Phenylethylamine (PEA) pada coklat dapat meningkatkan kadar pelepasan endorfin , iaitu emosi gembira, di dalam otak yang seterusnya akan menghasilkan dopamine . Kesan dopamine sendiri yakni boleh membangkitkan perasaan tenang pada hati.
Note: Phenylethylamine ialah bahan kimia yang sama yang dihasilkan oleh tindakbalas/perubahan hormon apabila anda merasa seperti anda jatuh cinta.

Saat Ingin Rileks 
Setelah seharian bekerja , atau pada ketika rutin yang berat, sebaiknya luangkan diri untuk rileks dengan minum coklat panas . Kandungan PEA pada coklat juga mempunyai khasiat aphrodisiac yang membuat perasaan jadi lebih rileks .
Note: Coklat gelap/dark chocolate adalah jenis coklat yang mempunyai pepejal coklat lebih banyak sekitar 70 % berbanding dengan jenis coklat lain. Coklat gelap juga tidak manis dan tidak bersusu. Serbuk coklat gelap juga mengandungi kandungan teobromina lebih tinggi berbanding coklat bersusu.
Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral berikut dalam kepekatan yang tinggi : potassium, copper, magnesium dan zat besi.


"Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlin dan BabyKawaiiStore"

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Sunday, January 25, 2015

Kurangkan Kolestrol Secara Semulajadi

Phytocol-St adalah formulasi proprietari dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL.

  • Diperbuat daripada gabungan sterol dan stanol yang wujud secara semulajadi di dalam tumbuhan , buah-buahan, sayuran dan bijiran.
  • Membekalkan 2000mg sterol dan stanol tumbuhan setiaphari
  • Sterol dan stanol tumbuhan telah dibuktikan secara klinikal di dalam lebih dari 80 kajian untuk menurunkan kolestrol LDL
  • Membekalkan 100% saranan National Institutes of Healths's (NIH) untuk sterol dan stanol tumbuhan setiap hari
  • Bebas dari kandungan gluten
  • Disahkan dengan Star-K Kosher



 Fakta sains disebalik Phytocol-St
Sterol dan stanol yang wujud secara semulajadi di dalam tumbuhan buah-buahan, sayuran dan bijiran telah terbukti di dalam banyak kajian mampu menurunkan kolestrol LDL. 

Jadi bagaimana sterol dan stanol berfungsi?
Sterol dan stanol tumbuhan diperolehi dari sumber makanan atau supplemen. Oleh kerana struktur mereka sama dengan kolestrol, sterol dan stanol akan bersaing untuk penyerapan di dalam usus. Sterol dan stanol tumbuhan akan terikat kepada reseptor di dalam usus dan menjadikan kolestrol tertinggal dibelakang. Hasilnya, hanya sedikit kolestrol akan diserap oleh tubuh dan juga sedikit kolestrol akan dibebaskan ke dalam salur darah. 




Phytocol-St membekalkan 2000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari. Untuk mendapatkan amaun yang sama, kita perlu mendapatkan sumber dari jumlah makanan seperti berikut:
  • 200 batang lobak merah
  • 70 keping roti gandum
  • 425 biji tomato
Kolestrol adalah faktor risiko untuk penyakit jantung
Tahap kolestrol yang tinggi adalah faktor utama untuk mendapat penyakit jantung dan satu daripada cara mengurangkan risikonya adalah dengan mengurangkan jumlah keseluruhan kolestrol dan juga kolestrol LDL. Kajian menunjukkan apabila sebatian semulajadi yang dipanggil sterol  dan stanol tumbuhan ditambah kedalam diet harian akan mengurangkan kolestrol dengan keputusan yang sangat ketara.

Oleh kerana struktur sterol dan stanol ini sama dengan kolestrol, mereka akan bersaing untuk penyerapan ke dalam saluran darah dan seterurnya membantu untuk menurunkan tahap kolestrol di dalam badan secara semulajadi.

Individu yang memerlukan Phytocol-St
Mereka yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dan inginkan cara semulajadi untuk mengawal dan menurunkan kolestrol di dalam badan tanpa pengambilan ubat-ubatan yang merbahaya. 

pengedar shaklee bukit mertajam


"Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma, CahayaVitamin, VitaminKita, MommaSihat dan MiracleVitaminss."

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos


Saturday, January 24, 2015

Lambatkan Proses Penuaan

Setiap kali datangnya tahun baru ia petanda bertambah juga usia kita kan? Haa, dalam dok happy-happy sambut tahun baru ni, sebenarnya pasti sedikit sebanyak kita risau bila usia semakin tua. Mudahnya kalau la kita boleh pausekan masa, nak sweet 17 selalu. Nak putih senang..."quputeh, quputeh barulah putih".. hehe... Tapi kalau nak muda, macammano? Takpa, biarkan umur meningkat sebab itu akan menjadi ingatan yang tempoh kita di dunia semakin singkat. Insaf tak? Jom perbanyakkan pahala, kurangkan dosa. :)

Jadi,apa yang kita boleh kawal untuk melambatkan kita dari nampak tua? Semestilah penampilan kita. Penampilan disini bukanlah berfesyen seperti anak muda. Janggal sebenarnya bila kita memakai pakaian muda-mudi yang terlalu jauh bezanya dengan umur kita. Biarlah 'just nice', sopan menutup aurat (bagi orang islam) dan selesa. Jadi saya kongsikan pula beberapa tips untuk melambatkan proses penuaan pada keseluruhan badan kita khususnya kulit seperti garis-garis halus serta kedutan melalui penjagaan pemakanan, penggunaan kosmetik khususnya pada wajah dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Amalkan Pemakanan Sihat
Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam setiap hidangan kerana kandungan antioksidan membantu menguatkan sel- sel kulit dan menentang radikal bebas. 
note: Kalau dalam shaklee, anda boleh mengamalkan Set antioksida (ACE) iaitu Carotomax (Vitamin A), SR Vitamin C dan Vitamin E Complex 

Jauhi Makanan Ringan
Makanan ringan yang tinggi kandungan sodium membuatkan kulit kelihatan kering.

Lakukan Senaman Wajah Dengan Ketawa
Bila ketawa, ia akan membantu merehatkan otot tegang pada wajah sekaligus mengurangkan kesan lingkaran yang wujud.

Pentingkan Kebersihan & Kelembapan Kulit
Kebersihan kulit bukan sekadar penting untuk membantu mencegah kulit berminyak dan jerawat, malah turut melambatkan penuaan.

Elakkan Penggunaan Produk Yang Berbahaya 
Penggunaan produk perlu berubah mengikut keserasian kulit. Elakkan produk yang mengandungi asid seperti glycolic acid, AHA, BHA dll yang boleh menyebabkan jeragat dan saluran darah halus (telangiectasia) di muka

Elakkan Tekanan
Tekanan juga punca penuaan. Apabila tertekan, bukan saja emosi, malah kitaran tubuh turut terganggu.
Note: Pengambilan Set Famili Wellness (ESP, Vitalea-Multivitamin, B Complex, Vitamin C) khusunya B Complex boleh membantu mengurangkan stress dan kemurungan.


Elakkan Diet Mengejut
Amalan begini mampu menyebabkan kulit hilang keanjalan dan berkedut.
Note: Pengambilan protein seperti ESP & Cinch Shake semasa menjalani proses diet boleh membantu membina otot untuk menaikkan metabolisma badan dan seterusnya membakar kalori. Ia juga dapat meransang pembentukan semula sel baru/kulit dan mengekalkan kepejalan otot. 


Dapatkan Tidur Yang Cukup Dan Berkualiti
Tidur yang berkualiti selama 6 - 8 jam sehari. Tidur yang cukup membenarkan kulit berehat dan melalui proses penghasilan kolagen secara lebih berkesan. Kesan garis halus dan lingkaran hitam paling mudah berlaku di sekitar mata bila kita tidak mendapat tidur yang mencukupi.


Pelindung cahaya yang sesuai and mencukupi
Cahaya matahari yang terik dapat memusnahkan sel-sel kulit, menyebabkan garis halus, kedutan dan jeragat. Sekiranya kita dapat mengelakkan daripada cahaya matahari, malah dapat melambatkan kesan penuaan.

Perkongsian yang paling bestnya yang saya nak bagitau kat sini, Shaklee mempunyai produk yang  boleh melambatkan penuaan pada tahap selular iaitu Vivix! 





"Cabaran Blogging bersama Blog SihatCantikMulus, EmakSkema, KeluargaSihatCeria, RatuNutrisi, dan MyInfoVitamin"
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Friday, January 23, 2015

Resipi Murtabak Maggi

Bukan blog masak-masak ya!
Tapi kali ni, saya sharekan satu resipi menggunakan Mee Maggi. Bolehlah cuba, kot la kalau-kalau dah bosan asyik masak maggi guna step 3 minit tu kan? Tapi resipi ni lebih 10minit la nak sediakan, tapi pasti lebih mengenyangkan! hehe..



Resipi Murtabak Maggi

3 ulas bawang putih (cincang)

1/2 biji bawang besar (saya guna bawang holand)
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
Isi ayam/daging (cincang)
2 atau 3 biji telur gred A
1 peket Mee Maggi
Daun sup
Garam/gula/serbuk perasa

Caranya:
Rebus maggi dan toskan. Ketepikan. 
Tumis bawang sehingga kuning, then masukkan serbuk kari & kurma, tambah sedikit air. Goreng untuk 2-3 minit. 

Masukkan isi ayam. Tambahan garam, gula & serbuk perasa. Bila dah masak, tutup api dan masukkan daun sup. 

Then campur ke dalam bekas maggi yang dah tos td. Pecahkan telur dan kacau sebati. 
Kemudian goreng dalam pan. Saya guna pan untuk telur tu, sedang elok ja saiznya. 
Tunggu sehingga garing baru terbalikkan. Kalau tak, murtabak akan berderai.

Nak lebih berkhasiat? boleh tambahkan sayuran jugak, macam karot, bunga kobis atau apa-apa yang anda suka. Kita yang buat dia, nak tambah apa pong boleh...hehe..

Cubalah! 
"Cabaran Blogging bersama Blog Celik Nutrisi, MinAinaIlaAina, MamaOlin dan BabyKawaiiStore"

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Thursday, January 22, 2015

Taman Tema The Carnival

Owhhh dah lama tak pergi taman tema. Bila tengok semula gambar anak-anak, ternampak gambar masa mandi-manda kat The Carnival Waterpark Sungai Petani. Tarikh 1 April 2012. Hampir 3 tahun lepas! 

Tapi tak banyak gambar yang sempat ambil sebabnya, saya dan suami pong terjun kolam berenang dengan anak-anak (baru 2 orang masa tu). Seronok bila sesekali dapat lepas gian main air! haha. 

Tempatnya sangat menarik dengan bermacam-macam paten kolam, khas untuk kanak-kanak, pantai buatan siap dengan ombak bagai dengan perkhidmatan pelampung percuma, lepas guna tinggalkan jer dalam air tu. Ada beberapa port jakuzi, siap ada sediakan River-Bar dalam air dan ada gelungsur yang besar gabak! Part gelungsur ni, saya tengok pong dah kecut perut, jadi hanya abang & kakak ipar jer yang cuba. Memang best! Ini gambar yang sy sempat ambil, alahai kecilnya Adam & Maritza masa ni.





Ini detail berkenaan taman tema tu untuk memudahkan anda kira bajet dan rancang percutian (kalaulah ada bercuti ke Kedah la). Kemudahan bilik persalinan, surau juga semua lengkap. 


The Carnivall Water & Land Of Excitement
Harga Tiket :
Hujung Minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad)
10.00pagi - 7.00malam
Dewasa- RM28.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM23.00
Warga Tua (Atas 55 tahun) - RM23.00
Hari Biasa - Kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umumy ( Isnin, Selasa, Khamis)
11.00pagi - 6.00petang
Dewasa, Kanak-kanak, Warga Tua - RM15.00 (Kadar Rata)

Pertanyaan : 04-4414777 atau gs@thecarnivall.com

Jom layan gambar yang saya ambil dari Facebook The Carnival dan orang yang pernah mai (pic credit : http://9m2zak.blogspot.com) yang mungkin boleh buat anda teruja juga nak datang ke sini jugak! haha.





 Pantai dengan ombaknya sekali

 River Bar

Gelungsur yang saya tengok jerla, nak try tu memang TAK LA!


"Cabaran Blogging bersama Blog GenkiMomma, CahayaVitamin, VitaminKita, MommaSihat dan MiracleVitaminss."

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos


Wednesday, January 21, 2015

Keburukan Alfalfa

pengedar shaklee bukit mertajam
Alfalfa ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai akar yang mampu memcapai sedalam 20-30 kaki ke dalam tanah dan boleh menyerap mineral yang tidak boleh didapati di permukaan tanah. Ia lebih dikenali sebagai "Father of Plants". Alfalfa kaya dengan vitamin, mineral dan pelbagai nutrien lain yang memainkan peranan penting untuk kekuatan dan pertumbuhan tulang serta badan yang sihat. Ia mengandungi protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, vitamin C, vitamin E , dan vitamin K. Ia juga mengandungi kalsium, pottassium, karoten, zat besi, dan zink. Ia boleh diambil dalam bentuk benih, daun atau tablet. 
 

Apakah kegunaan Alfalfa?
Alfalfa telah digunakan oleh Kaum Cina sejak lama dahulu untuk merawat beberapa jenis penyakit. Ia merupakan sumber tanah yang terkaya dengan hasil mineral. Kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien lain Alfalfa menjadi ubat herba yang sangat mengagumkan. Antara faedah khususnya termasuk:

  • Memulihkan masalah-masalah buah pinggang , dan melegakan bendalir yang tersekat dan bengkak.
  • Memulihkan gangguan autoimun.
  • Memulihkan artritis/penyakit sendi.
  • Memelihara sistem pencernaan, sistem kencing (mencegah batu karang), rangka dan kelenjar.
  • Membersihkan darah, hati dan usus.
  • Merendahkan tahap kolesterol.
  • Mencegah strok.
  • Memulihkan batuk kokol. 

Apakah Kesan Buruk Alfalfa?
Seperti semua produk herba, pengambilan secara sederhana boleh mengelakkan tindak balas negatif. Misalnya, pengambilan alfalfa secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel darah merah.

Penyelidikan telah mendapati sumber yang tinggi kandungan L-
canavanine, iaitu sejenis asid amino yang ditemui dalam alfalfa, boleh menyebabkan sel darah yang luar biasa, pembesaran limpa dan boleh memburukkan penyakit SLE (lupus). Bagaimanapun , L-canavanine biasanya cuma dijumpai di benih dan tunas alfalfa tetapi ia tiada dalam alfalfa tahap matang. Maka, teh alfalfa dan kapsul yang dibuat daripada daun dijangkakan tidak mengandungi L-canavanine

Adalah disarankan juga untuk mengelakkan pengambilan alfalfa secara harian atau sebagai suplemen semasa hamil disebabkan oleh ada komponenm alfalfa yang berpotensi memberikan kesan-kesan estrogenik.  

Jika anda sedang mengambil warfarin, kandungan vitamin K yang tinggi alfalfa mungkin membuatnya mengurangkan keberkesanannya.


sumber: http://www.homeremediesweb.com/, http://www.bidmc.org/


Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee
Diperbuat daripada tumbuhan Alfalfa (medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas bahan kimia. Medicago sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan Alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan matang. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. 

Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil akan dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain akan dilupuskan. 

Daun-daun yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dimampatkan menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dengan pengawasan yang ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa. 


  
Dapatkan Promosi Alfalfa Complex sepanjang Januari 2015! 

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Tuesday, January 20, 2015

Keletihan Kerana Tidur Yang Tidak Nyenyak

                            


MENDAPATKAN tidur yang berkualiti merupakan perkara paling penting yang anda boleh lakukan demi kesihatan badan.

Tidur yang mencukupi memberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.




Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.

Kekalkan jadual waktu tidur.

Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

Perhatikan makan dan minum anda.

Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

Cipta ritual waktu tidur.

Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.

Berada dalam keadaan selesa.
Hias bilik tidur dengan gaya yang sesuai untuk tidur seperti lampu tidur yang malap dan warna cat bilik yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda.

Had tidur waktu petang.

Tidur petang yang panjang boleh mengganggu waktu tidur yang sepatutnya terutama penghidap insomnia. Hadkan waktu tidur petang selama 10 hingga 30 minit sahaja dan hanya pada waktu rembang petang.

Lakukan aktiviti fizikal dalam rutin seharian anda.

Aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti serta lebih cepat tidur. Namun, jangan bersenam ketika menghampiri waktu tidur.

Pengurusan tekanan.

Tekanan terutamanya di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang susah untuk tidur kerana banyak berfikir. Belajar untuk menguruskan tekanan di sekeliling seperti menjadi seorang yang lebih teratur dalam hidup dengan membahagikan perkara yang penting dan kurang penting. Boleh juga mengamalkan supplement untuk mendapatkan ketenangan emosi seperti B Complex yang bukan sekadar untuk kecantikan, juga membantu mengurangkan stress.

pengedar shaklee bukit mertajam

OSTEMATRIX bukan sekadar kalsium. Amalkan minum la susu suam bersama 2 biji Ostematrix untuk tidur yang lebih nyenyak, berkualiti dan bangun pagi yang lebih mudah, menyegarkan. 

Amalkan juga mengamalkan Doa sebelum tidur dan sesudah bangun dari tidur, agar pengakhiran hari itu dengan kesudahan yang baik dan permulaan hari baru keesokkan juga lebih baik dari hari sebelumnya.
                                      
                                                 pengedar shaklee bukit mertajam

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Sunday, January 18, 2015

Penyusuan Lengkap 2 Tahun Dengan Susu Ibu

Alhamdullilah dengan izinNya, sehingga saat ini saya telah berjaya melengkapkan penyusuan susu ibu kepada 2 anak pompuan saya. Saya bermula dengan supplemen Shaklee semasa menyusukan anak ke 2 saya Maritza Nursyaurah. Susu saya yang sebelum ini banyak tiba-tiba drop dan hampir tiada langsung semasa datang bulan. Anak menangis sebab tak kenyang, dan saya pong menangis sebab tak tau nak buat apa. Masa tu Maritza berumur dalam 5 bulan lebih dan belum mula makan. Sepenuhnya dia bergantung pada penyusuan dari saya. Saya mula membaca blog-blog ibu yang berkongsi bagaimana nak perbanyakkan susu sehinggalah saya terjumpa blog genkimomma yang bercerita pasal Shaklee.


pengedar shaklee bukit mertajam

Berpuashati dengan produk Shaklee, saat hamil anak ke 3 Maryam Nursyaira pong saya ambil Shaklee. Minuman ESP saya jadikan rutin sehingga bersalin. Lagipong masa hamilkan 2 anak pompuan ni, saya jadi alah kepada semua jenis susu sedangkan semasa hamil anak sulung lelaki saya, elok jer saya boleh minum susu anmum 2 kali sehari. Dan awal tahun 2015, genap 2 tahun saya dapat menyusukan Maryam dan sehingga kini masih bertepek jer ngan saya. Alhamdullilah.

pengedar shaklee juru

Kenapa saya memilih untuk memberikan susu ibu kepada anak-anak saya?
Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk anak kita kerana mengandungi kesemua nutrien penting yang diperlukan dalam 6 bulan pertama usianya. Apa kebaikan yang terkandung dalam susu ibu?
  • Mengandungi kandungan zat besi yang lebih mudah dicernakan berbanding susu lembu, yang membolehkan penyerapan sehingga 70% berbanding 30% dengan susu lembu.
  • Mengandungi kandungan laktosa yang lebih tinggi berbanding susu formula. Laktosa adalah penting sebagai sumber tenaga dan dalam pembentukan sistem saraf tunjang.
  • Mengandungi lebih protein susu daripada kasein berbanding susu lembu, kerana protein susu lebih mudah dicernakan berbanding kasein. 
Susu ibu juga merangsang pertumbuhan bakteria baik dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dalam usus kecil anak kita. Disamping itu, susu ibu juga kaya dengan antibodi yang menolong badan untuk melawan jangkitan, alahan dan penyakit-penyakit lain.

Kanak-kanak yang diberi susu ibu:
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah gastroenteritis seperti cirit-birit atau muntah semasa 3 bulan pertama
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah jangkitan pundi kencing
  • Kurang kemungkinan menghadapi asma atau gangguan pernafasan
  • Kurang kemungkinan menghadapi masalah insulin, tekanan darah tinggi atau kandungan kolestrol tinggi di dalam hidupnya pada masa akan datang
Jika berminat untuk mencuba set penyusuan lengkap dari Shaklee, boleh hubungi saya untuk pembelian & konsultasi berserta tips eksklusif untuk menjayakan matlamat 2 tahun penyusuan lengkap susu ibu kepada anak anda. 





Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos