Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Saturday, January 3, 2015

Maulidur Rasul 1436 Hijrah / 2015 Masihi

Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H. 
Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Bagi umat Islam, Maulidur Rasul adalah adalah hari bersejarah keputeraan atau kelahiran Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

 
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku".
(Hadis Riwayat An-Nasai & Ibn Hibban)

Sumber: 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

No comments:

Post a Comment