Pengedar Shaklee Penang / Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

Tuesday, March 31, 2015

Kesan Dan Bahaya Kalau Kurang Tidur

Masalah sukar mendapatkan waktu tidur yang berkualiti boleh menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan. Ini termasuk mengurangkan keupayaan seseorang menangani stres dan sistem imun badan melawan penyakit.

Untuk individu yang bekerja di siang hari tanpa tidur secukupnya pada waktu malam tidak mampu berfikir atau fokus kepada tugasan dengan baik. Mereka lambat memberi tindak-balas semasa menyelesaikan masalah. Emosi mereka juga tidak menentu dan mudah meradang.

Sepatutnya setiap orang perlu mengambil berat waktu dan jumlah jam tidur masing-masing
Bagi kebanyakan dewasa, tempoh tidur malam selama 6 ke 8 jam sudah mencukupi untuk memulihkan tenaga dan mengganti sel-sel badan yang rosak.

Dalam bengkel nutrisi shaklee yang saya hadiri minggu lepas, pakar nutrisi sangat menyarankan waktu tidur yang berkualiti untuk sistem biologi badan iaitu antara pukul 11 malam ke 3 pagi. 


JADUAL DETOX SEMULAJADI TUBUH

9 malam -11 malam : Detox di bahagian antibodi badan berlaku. Sebaiknya, kita dalam keadaan rehat, tenang dan tidak melakukan kerja kerja berat. 
11 malam – 1 pagi : Detox di bahagian hati berlaku. Sebaiknya jangan tidur lewat dan jauhi minuman manis dan berkafein.
1 pagi –  3 pagi : Detox di bahagian hempedu. Detox di hempedu juga berlaku dalam keadaan kita tidur.
3 pagi – 5 pagi : Detox di bahagian paru-paru. Sering kali kita akan batuk-batuk ketika ini. Ini kerana, detox telah mencapai ke saluran pernafasan. Tak perlu makan ubat batuk kerana proses detox semulajadi sedang berlaku dan khuatir akan bertentangan dengan proses detox pembuangan kotoran ini 
5 pagi – 7 pagi : Detox di bahagian usus besar. Jika terasa hendak membuang, jangan di tahan-tahan. Terus saja ke tandas.
7 pagi – 9 pagi : Selepas proses detox semulajadi berjalan dengan sempurna, waktu inilah proses penyerapan zat makanan di usus kecil. Jadi, amalkan sarapan pagi yang sempurna untuk kecergasan sepanjang hari.


Detoks pada organ hati
DTX complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok. Bertindak sebagai penapis toksin dalam badan serta menyingkirkan racun serta toksin yang terkumpul di dalam hati dangan menggalakkan fungsi hati yang sihat.

Detoks pada bahagian Usus
Herblax sangat efektif dalam membantu pembersihan najis yang tersekat serta membantu mengatasi masalah sembelit. Selain Herblax, jika anda mengalami masalah kembung perut, angin dalam badan dan kesukaran dalam penghadaman selepas makan, boleh mengamalkan Peppermint Ginger Plus untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut, membuang angin, membantu pencernaan dan ia turut membantu mencuci usus.

Detoks aliran darah
Alfalfa Complex sumber makanan yang sangat beralkali dan bertindak meneutralkan darah yang berasid.
Tabletnya boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Proses detox adalah proses semulajadi badan. Ia membantu tubuh untuk membuang badan beracun dan tidak berguna dari badan. Ia bagi membantu kita lebih sihat dan cergas. Proses detox yang sempurna membantu tubuh menyerap nutrien dan zat baru dengan lebih baik. Untuk mengoptimumkan proses detox badan, jom kita ketahui waktu-waktu detox ini berlaku secara semulajadi. Jadual detox semulajadi tubuh 9 malam -11 malam : Detox di bahagian antibodi badan berlaku. Sebaiknya, kita dalam keadaan rehat, tenang dan tidak melakukan kerja kerja berat. 11 malam - 1 pagi : Detox di bahagian hati berlaku. Sebaiknya jangan tidur lewat. 1 pagi - 3 pagi : Detox di bahagian hempedu. Detox di hempedu juga berlaku dalam keadaan kita tidur. 3 pagi - 5 pagi : Detox di bahagian paru-paru. Sering kali kita akan batuk-batuk ketika ini. Ini kerana, detox telah mencapai ke saluran pernafasan. Tak perlu makan ubat batuk kerana proses detox semulajadi sedang berlaku dan khuatir akan bertentangan dengan proses detox pembuangan kotoran ini 5 pagi - 7 pagi : Detox di bahagian usus besar. Jika terasa hendak membuang, jangan di tahan-tahan. 7 pagi - 9 pagi: Selepas proses detox semulajadi berjalan dengan sempurna, waktu inilah proses penyerapan zat makanan di usus kecil. Jadi, amalkan sarapan pagi yang sempurna untuk kecergasan sepanjang hari. Jika anda memerlukan supplemen untuk membantu melancarkan proses detox badan, produk Shaklee yang terbukti berkesan adalah -Herb Lax : bertindak sebagai julap lembut -Fiber : dalam bentuk minuman jadi lebih mudah diserap tubuh untuk proses detox yang sempurna dan memberi rasa kenyang bagi yang ingin menguruskan badan. -DTX Complex : detox hati -Alfalfa : membantu pelawasan supaya proses pembuangan lebih mudah dan lancar. Alhamdulillah, ramai yang sudah mencuba dan merasa perubahan yakni badan rasa lebih lawas dan lebih ringan. Proses detox yang sempurna sangat

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2011/12/waktu-badan-melakukan-detox.html

Antara kesan lain menurut laporan pakar kesihatan antarabangsa adalah seperti berikut

"Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.
Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.
Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.
Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.
Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.
Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.
Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, anda akan lebih cepat kelihatan tua.
Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.
Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.
Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal"

Sumber infoharian.com: KESAN DAN BAHAYA KALAU KURANG TIDUR


Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)

Email: muni.mahmud@gmail.com


COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos 

Wednesday, March 25, 2015

Kita Kehilangan Kalsium Setiap Hari

"Namun, ramai antara kita yang mengabaikan penjagaan kesihatan tulang. Ini kerana masyarakat kita bertanggapan bahawa kesihatan tulang hanya perlu dijaga apabila berada pada peringkat usia tertentu saja. Apabila menyentuh soal kesihatan tubuh, faktor utama yang membuatkan seseorang ingin melakukan perubahan gaya hidup adalah bertujuan mengelak masalah kanser atau penyakit jantung.
Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang yang baik untuk mengelakkan masalah kerapuhan tulang tidak begitu mendapat perhatian.
Kesedaran mengenai pentingnya kesihatan tulang perlu dipupuk kerana tulang adalah daya sokongan utama tubuh kita yang membolehkan kita melakukan aktiviti harian. Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkat­kan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah.
Sekiranya seseorang individu mengalami masalah ini, dia mungkin akan kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan mudah dan melakukan aktiviti yang digemari.
Ini boleh mengakibatkan diri terasing dan juga kemurungan kerana kurang berinteraksi dengan masyarakat. Tetapi bagaimana untuk menjaga kesihatan tulang?
Kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an dan jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan.
Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang sejak awal lagi adalah penting, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Rawatan tulang yang retak mampu menelan belanja yang cukup tinggi.
Tulang adalah tisu hidup terdiri daripada sel hidup dan mineral seperti kalsium, berserta saluran darah dan saraf. Tulang akan terurai dan membentuk semula melalui proses semula jadi yang dikenali sebagai “pembinaan semula tulang” yang berlaku sepanjang hayat.

Oleh itu, tulang memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi dari lingkungan usia kanak-kanak sehingga usia yang lanjut untuk mengekalkan kekuatan tulang bagi menampung kepelbagaian aktiviti harian.
Tambahan pula, kita me­ngalami kehilangan kalsium setiap hari melalui proses perpeluhan, rambut, perkumuhan, kulit dan kuku.
Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian.
Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang.
Dengan memastikan pe­ngambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.
Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu.
Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi.
Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
Bagaimanapun, diet harian yang biasa saja mungkin tidak mencukupi. Cara yang paling mudah dan cepat untuk memastikan keperluan kalsium dipenuhi setiap hari adalah dengan meminum dua gelas susu berkalsium tinggi setiap hari.


Petikan daripada : Harian Metro


Wednesday, March 18, 2015

Shaklee Sasar perolehan meningkat 50%

Petikan dari Harian Metro 

Oleh Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my 

Kuala Lumpur 

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd (Shaklee) optimis mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 50 peratus tahun ini berbanding RM400 juta yang dicatatkan pada tahun lalu bersandarkan pelaksanaan kempen kesedaran produk kepada penggguna dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai. 

Shaklee adalah produk makanan tambahan serta barangan keperluan pengguna yang mengguna pakai platform pamasaran secara langsung dan ketika ini terdapat antara satu hingga 1.5 peratus penduduk Malaysia menjadi pengedar produk berkenaan. 

shaklee penang

Presidennya, Victor Lim berkata, Shaklee adalah produk berasal dari Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di seluruh dunia dan Malaysia menjadi penyumbang keempat terbesar ke atas perolehan keseluruhan globalnya. 

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 50 produk Shaklee berada di Malaysia terdiri daripada pelbagai segmen kegunaan antaranya bagi meningkatkan tenaga ketika bersukan, kecantikan tubuh badan dan nutrisi kesihatan. 

“Tahun ini, kami tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang produk baru tetapi lebih kepada kempen iaitu Kesan Shaklee Kepada Kehidupan bagi membolehkan orang ramai mengetahui keberkesanan penggunaan produk kami serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan baru dalam perniagaan jualan langsung. 

“Walaupun terdapat pelbagai spekulasi dalam penurunan jualan produk berikutan pelaksanaan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST), kami tidak merasakan ia akan berlaku dalam segmen kesihatan atau makanan tambahan kerana ia satu keperluan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada Bisnes Metro semalam. 

Menerusi pengenalan kempen itu, Shaklee optimis mampu mencatatkan 50 peratus peningkatan pengedarnya tahun ini terutama di kalangan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.
Sumber: Harian Metro Online

Monday, March 16, 2015

Panduan Kurangkan Alahan Kehamilan

Kebiasaannya, wanita yang mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Punca sebenar alahan masih kurang jelas sehingga kini. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan aras hormon kehamilan yang dikenali sebagai - human chorionic gonadotrophin' (- hcG) yang meningkat. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang kerana aras hormon tersebut akan berkurangan selepas trimester pertama. 

Sekiranya mengalami alahan berterusan selepas trimester pertama, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk mencari punca lain yang menyebabkan alahan tersebut. Ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehinggalah bersalin walaupun tiada penyebab yang diketahui. Tahap alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik tidak pernah mengalami alahan langsung setiap kali hamil. 

Tiada ubat spesifik yang perlu diambil bagi mengatasi masalah alahan ini. Secara amnya doktor akan memberikan tip-tip atau nasihat bagi mengurangkan simptom alahan
  • mengamalkan pemakanan yang kerap atau mengambil hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap dua jam) walaupun anda tidak lapar
  • makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan daripada mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng. 
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas dan elakkan daripada mengambil kafein. 
  • Semasa peringkat ini juga seseorang wanita perlu minum air dengan kerap dan banyak sehingga 10 hingga 12 cawan sehari.
Bagi rutin harian pula, anda hendaklah berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila anda kepenatan atau mengalami stress. Pada kebiasaannya, pengambilan vitamin mengandung tidak diberikan secara rutin pada peringkat ini kerana mungkin menyebabkan simptom alahan bertambah teruk.Selain itu, doktor juga memberikan ubat tahan muntah (anti-emetik) jika perlu. Anda perlu dimasukkan ke wad jika alahan tersebut teruk dan mengalami simptom dehidrasi (kekurangan air dalam badan). 

Simptom ini biasanya dimanifestasi melalui pening-pening, dahaga dan pengeluaran air kencing yang sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip iaitu secara intravena. Ubat yang diberikan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Artikel Penuh: Utusan Malaysia


shaklee bukit mertajam
 
 
Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos
 

Tuesday, March 10, 2015

Khasiat Zink

Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex

Bila bercakap tentang
Zinc, ramai yang tak tahu bahawa Zinc sangat penting untuk kesihatan badan. Selain dari vitamin-vitamin, mineral seperti zinc, boron, magnesium, kalsium, zat besi dan lain2 mineral juga memainkan peranan penting dalam kesihatan badan.

Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Zinc merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetobalismekan karbohidrat, lemak dan protein.

Antara Fungsi Zinc ialah:

 
1. PENJAGAAN KULIT
Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

2. PENYEMBUHAN LUKA
Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc. Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

3. KESIHATAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

4. BOTAK
Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan. Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

5. PEMBIAKAN
Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

6. EKZEMA
Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
Zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

7. JERAWAT
Zinc adalah penting dalam menghapuskan jerawat pada kulit.
Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalammenormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

8. FUNGSI BIOLOGI
Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

9. JANGKITAN
Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin. Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

10. ANTIOKSIDAN
Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yangtegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

11. ATURAN ENZIM
Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

12. KELESUAN KRONIK
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. Tetapi dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

13. KERAPUHAN TULANG
Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dan keras.

14. BUTA MALAM
Pengambilan Zinc akan memperbaiki penglihatan. Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.

15. MENGANDUNG
Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Sumber Zinc boleh diperolehi daripada:

 
1. Daging
3oz daging menyediakan sekitar 40% atau lebih zinc dari dos harian yang dicadangkan. Daging yang dimaksudkan termasuk diantaranya adalah daging panggang, dan daging rebus.

2. Makanan Laut

Tiram merupakan sumber makanan yang mengandung zinc paling tinggi. Seafood lain menyediakan sekurang-kurangnya 10% dari jumlah yang disarankan termasuk kerang, lobster, ikan, dan daging kepiting.Zinc sering hilang selama proses memasak. Untuk mempertahankan kandungan zinc, masak makanan dengan air sedikit dan dalam waktu paling singkat.

3. Produk Susu
Beberapa makanan dari produk susu merupakan sumber zinc yang baik.Delapan ons yogurt dan 1/2 cangkir keju ricotta mengandung setidaknya 10% dari jumlah harian yang disarankan.Keju Swiss, keju Gouda, dan susu juga mengandung zinc.

4. Biji-bijian dan Kekacang

Tepung gandum merupakan sumber zinc yang baik. Cereal kering yang telah difortifikasi biasanya berisi setidaknya 10% zinc dari jumlah yang disarankan. Biji Labu, kacang almond, kacang mete, dan biji bunga matahari merupakan sumber zinc yang juga baik.
Meskipun zinc yang ditemui dalam kekacang tidak seperti dalam daging, kekacang masih menyediakan jumlah yang cukup dan merupakan sumber zinc yang penting terutama untuk vegetarian.

Pilihan sumber zinc yang baik dari kekacang adalah black eyed peas, kacang lima, kacang pinto, kacang kedelai, tempe, dan tauhu.



Zinc Complex Shaklee


promosi shaklee
 
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang.Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Fakta Nutrisi:
Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


PROMOSI Sehingga 28 Mac 2015 untuk Zinc Complex
  • Beli 3 botol PERCUMA 1 botol bernilai RM33.75
 

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos

Sunday, March 1, 2015

Promosi Shaklee Mac 2015

Sangat hebat promosi Shaklee untuk bulan Mac 2015. Produk kesukaan ramai yang ditunggu-tunggu promosinya sepanjang tahun iaitu ESP


pengedar shaklee bukit mertajam


 Soy Protein Isolate Powder (ESP)
  • Beli 6 botol PERCUMA 1 botol bernilai RM150
    • Layak untuk mendapatkan keahlian Shaklee PERCUMA (jimat RM75)
    • Layak untuk rebet tunai pada April 2015 bernilai ~RM36
  • Beli 2 botol dengan potongan harga 5% pada RM 285 (jimat RM15) 

Zinc Complex 
  • Beli 3 botol PERCUMA 1 botol bernilai RM33.75
 
Vitalea for Children (multivitamin untuk kanak-kanak - chewable)
  • Beli 3 botol PERCUMA 1 botol bernilai RM111

Pengedar Shaklee Penang/Pengedar Shaklee Bukit Mertajam
SMS/ Whatapps: 0176156165 (for fast response)
Email: muni.mahmud@gmail.com

COD (Cash On Delivery) : Bandar Perda, Bukit Mertajam, Juru, Permatang Pauh, Seberang Jaya. Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos